awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Thailand kesan kes pertama varian XAY.2

Bernama
Bernama
07/01/2023
08:41 MYT
COVID-19: Thailand kesan kes pertama varian XAY.2
Thailand buat masa ini masih belum mengesan sebarang jangkitan membabitkan varian Omicron XBB.1.5 yang mudah merebak dan sudah menular secara meluas di Amerika Syarikat. - Fail/Unsplash
BANGKOK: Thailand telah melaporkan kes pertama varian baharu COVID-19 yang dikenali XAY.2.
Ketua Pengarah Jabatan Sains Perubatan Dr. Supakit Sirilak berkata XAY.2 ialah gabungan AY.45, subvarian Delta dan subvarian Omicron BA.4/5.
Sehingga kini, terdapat hanya 344 kes yang dikesan di seluruh dunia.
"Kami memantau dengan teliti mutasi virus di negara ini," katanya.
Beliau berkata pesakit yang dijangkiti XAY.2 tidak mengalami simptom yang serius dan telah sembuh sepenuhnya.
Dr Supakit berkata Thailand buat masa ini masih belum mengesan sebarang jangkitan membabitkan varian Omicron XBB.1.5 yang mudah merebak dan sudah menular secara meluas di Amerika Syarikat.
"Subvarian dominan yang ditemukan di Thailand ialah Omicron BN.1.3, subketurunan BA.2.75," katanya.
Dr. Suakit menggesa orang ramai mendapatkan suntikan penggalak terutamanya yang telah divaksin lebih empat bulan lalu bagi meningkatkan imuniti dan mengurangkan risiko jangkitan dan kesan jangkitan yang teruk.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Thailand
#varian baharu
#XAY 2
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan