COVID-19: Tiga kes baharu di Thailand termasuk dua warga asing

Thailand merekodkan tiga kes baharu COVID-19 dan sifar kematian dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan jumlah keseluruhan ialah 3,351 kes.

Thailand merekodkan tiga kes baharu COVID-19 dan sifar kematian dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan jumlah keseluruhan ialah 3,351 kes dengan 58 kematian sehingga kini. - Reuters | Astro Awani
Thailand merekodkan tiga kes baharu COVID-19 dan sifar kematian dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan jumlah keseluruhan ialah 3,351 kes dengan 58 kematian sehingga kini.

Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) dalam satu kenyataan memaklumkan kes baharu itu termasuk dua warga asing masing-masing seorang lelaki Bangladesh berusia 31 tahun dan wanita India berusia 41 tahun.

Satu lagi kes baharu membabitkan wanita Thailand berusia 30 tahun yang kembali dari Amerika Syarikat.

Ketiga-tiga mereka kini menjalani kuarantin wajib di kemudahan disediakan kerajaan, menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan Awam memberitahu kesemua 2,582 pengunjung yang menghadiri konsert Janey Daimodthasodchuen pada Pesta Amal Palang Merah di wilayah selatan Nakhon Si Thammarat pada 25 Julai lepas, didapati negatif COVID-19.

Konsert yang penuh sesak itu menimbulkan kemarahan orang ramai kerana peminat gagal menjaga penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka.

Penganjur kemudian didakwa kerana melanggar perintah darurat.

-- BERNAMA