awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Arahan berpindah dikeluarkan ketika ribut kuat landa pantai timur Australia
DUNIA
6 maut, ramai cedera dalam letupan kilang mercun di selatan India
MALAYSIA
Lelaki nyaris maut, pikap terkena tembakan di hadapan sekolah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Letupan gas Putra Heights: Petronas Gas terima hasil siasatan, komited penambahbaikan berterusan

Bernama
Bernama
01/07/2025
10:15 MYT
Letupan gas Putra Heights: Petronas Gas terima hasil siasatan, komited penambahbaikan berterusan
Analisis menunjukkan lebihan tegangan dan keletihan logam sebagai punca utama kebocoran gas yang mencetuskan kebakaran, menjadikan insiden ini yang pertama dalam sejarah sistem penghantaran gas PGB. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Petronas Gas Bhd (PGB) menegaskan semula komitmennya terhadap ketelusan penuh, penambahbaikan berterusan, keprihatinan kepada mereka yang terjejas, dan kerjasama berterusan dengan pihak berkuasa berkaitan.

Ringkasan AI
  • Petronas Gas Bhd menegaskan komitmen terhadap keselamatan dan ketelusan susulan insiden kebakaran paip gas di Putra Heights, dengan usaha berterusan menyokong komuniti terjejas dan mengekalkan bekalan gas negara.
  • Siasatan JKKP mendapati paip gas memenuhi spesifikasi teknikal, namun kegagalan fizikal berlaku akibat keadaan tanah lembap yang menyebabkan tekanan berulang dan keretakan pada paip.
  • Analisis menunjukkan lebihan tegangan dan keletihan logam sebagai punca utama kebocoran gas yang mencetuskan kebakaran, menjadikan insiden ini yang pertama dalam sejarah sistem penghantaran gas PGB.

Dalam kenyataan pada Selasa, syarikat infrastruktur dan utiliti gas itu berkata pihaknya menerima hasil siasatan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa mengenai kebakaran yang pada 1 April, 2025 di Putra Heights, Selangor.
Menurut PGB sejak kejadian itu, pihaknya telah menggerakkan usaha yang besar untuk memastikan keselamatan awam, menyokong komuniti yang terjejas, dan mengekalkan bekalan gas yang berterusan di seluruh negara.
"Insiden ini tidak pernah berlaku sebelum ini dalam sejarah sistem penghantaran gas kami, dan kami menyedari sepenuhnya kebimbangan orang ramai terhadap keselamatan sistem saluran paip, terutama berkaitan aliran gas yang berterusan melalui rangkaian ini," jelasnya.
Syarikat itu menjelaskan sistem Penggunaan Gas Semenanjung direka bentuk dengan pelbagai lapisan keselamatan dan daya tahan, disokong oleh pengalaman kejuruteraan dan operasi selama lebih tiga dekad.
"Sistem dan kakitangan kami beroperasi secara berterusan untuk memastikan penghantaran gas yang selamat dan boleh dipercayai ke rumah, industri, dan sektor tenaga negara," menurut PGB.
Semalam, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) mengesahkan paip gas yang terlibat dalam insiden letupan di Putra Heights, Subang Jaya memenuhi spesifikasi teknikal yang ditetapkan.
Pengarah Bahagian Keselamatan Petroleum JKKP Husdin Che Amat berkata sebaliknya hasil analisis makmal mendapati keadaan bahagian bawah paip yang tidak disokong sepenuhnya oleh tanah, dikenal pasti telah lembut dan lembap seterusnya memberi tekanan kepada permukaan paip.
Beliau berkata keadaan tanah yang lemah menyebabkan paip bergerak berulang kali sehingga menimbulkan tekanan berulang dan garis keletihan pada permukaan paip.
"Ini mengakibatkan kegagalan fizikal pada bahagian paip di lokasi kejadian, menyebabkan kebocoran gas yang kemudiannya terbakar.
"Analisis metalografi turut menunjukkan lebihan tegangan menjadi punca utama kegagalan dan kerosakan ini berkembang secara perlahan sehingga menyebabkan kegagalan ductile yang melepaskan gas dan mencetuskan kebakaran," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media khas pembentangan laporan siasatan letupan paip gas Putra Heights yang turut dihadiri Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan di sini, pada Isnin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kebakaran paip gas
#Putra Heights
#Petronas Gas
#hasil siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami