awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Petronas memohon penjelasan mengenai kerangka kawal selia Petroleum di Sarawak
[TERKINI] Isu tular 'Yeye': Siasatan terhadap 21 pegawai ATM akan dibawa ke peringkat perundangan - Khaled
Pegawai tertinggi ATM sambung beri keterangan hari ini - SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Tiga kes baharu di Thailand, tiada kematian

Bernama
Bernama
23/05/2020
12:19 MYT
COVID-19: Tiga kes baharu di Thailand, tiada kematian
Thailand merekodkan tiga kes baharu COVID-19 dan tiada kematian dalam 24 jam lepas, menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 3,040 dan jumlah kematian kekal 56 orang. - Foto AP
Thailand merekodkan tiga kes baharu COVID-19 dan tiada kematian dalam 24 jam lepas, menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 3,040 dan jumlah kematian kekal 56 orang.
Pembantu Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA), Dr Panprapa Yongtrakul berkata tiga kes baharu itu - dua rakyat Thai dalam kuarantin, seorang penuntut lelaki berusia 24 tahun yang pulang dari Mesir dan seorang wanita berusia 43 tahun yang merupakan ahli terapi spa yang tiba dari India serta seorang lelaki Itali berusia 49 tahun yang tinggal di Phuket.
"Selepas fasa pertama dan kedua pelonggaran sekatan, angka kes baharu kekal rendah. Kami berharap rakyat akan terus bekerja sama menentang pandemik COVID-19 jadi kami boleh melonggarkan lagi sekatan dalam fasa seterusnya," kata beliau dalam taklimat harian COVID-19 hari ini.
Dalam tempoh 24 jam lepas, enam pesakit didiscaj daripada hospital menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang pulih dan pulang ke rumah kepada 2,916 sementara 68 lagi masih dirawat," katanya.
Semalam, CCSA bersetuju untuk melanjutkan perintah darurat di negara itu sehingga 30 Jun, dengan kerajaan melakukan persiapan melonggarkan sekatan dan membuka semula lebih banyak tempat.
Mesyuarat yang dipengerusikan Perdana Menteri Jen Prayuth Chan o-cha juga membincangkan kemungkinan memendekkan tempoh perintah berkurung pada sebelah malam, yang kini dilaksanakan dari pukul 11 malam sehingga 4 pagi.
Pelanjutan perintah darurat itu tertakluk kepada keputusan kabinet pada Selasa ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Hospital
#kerajaan
#koronavirus
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan