awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Pegawai kanan ATM selesai beri keterangan - Azam Baki
[TERKINI] Tiada lagi penternakan babi di Tanjong Sepat, titah Sultan Selangor
ERA perkenal barisan penyampai baharu untuk tahun ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[TERKINI] Pegawai tertinggi ATM sambung beri keterangan hari ini - SPRM

Yasmin Natasha
Yasmin Natasha
12/01/2026
08:28 MYT
[TERKINI] Pegawai tertinggi ATM sambung beri keterangan hari ini - SPRM
Azam (foto) mengesahkan pegawai tertinggi ATM hadir untuk menyambung beri keterangan hari ini. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini meneruskan proses mengambil keterangan seorang pegawai tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang dipanggil semalam bagi membantu siasatan kes dakwaan rasuah.

Ringkasan AI
  • Pegawai tertinggi Angkatan Tentera Malaysia dipanggil SPRM untuk siasatan kes rasuah.
  • Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, mengesahkan proses siasatan masih berterusan.
  • Siasatan melibatkan dakwaan rasuah dalam perolehan projek Tentera Darat serta penyitaan akaun bank pegawai kanan TDM dan keluarganya.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, mengesahkan pegawai berkenaan masih diperlukan untuk melengkapkan keterangan berkaitan kes yang disiasat.
Walau bagaimanapun, Azam memaklumkan beliau tidak dapat mengulas lanjut berhubung butiran kes berkenaan kerana siasatan masih berjalan.
“Perkara ini pernah saya maklumkan kepada pihak media sebelum ini, ia ada kaitan dengan isu salah guna dana. Namun saya tidak boleh mengulas secara terperinci kerana siasatan masih diteruskan.
"Kenyataan dia masih lagi disambung pada hari ini,” katanya ketika dihubungi.
Semalam, media melaporkan pegawai berusia lingkungan 60-an itu hadir ke Ibu Pejabat SPRM sekitar jam 11 pagi bagi membantu siasatan kes dakwaan rasuah membabitkan pasukan pertahanan negara.
SPRM turut mengenal pasti beberapa suspek lain dalam siasatan berkaitan perolehan projek Tentera Darat Malaysia (TDM).
Pada 29 Disember lalu, SPRM dilaporkan menyita enam akaun bank dipercayai milik seorang pegawai kanan TDM serta ahli keluarganya bagi membantu siasatan dakwaan rasuah membabitkan perolehan projek TDM.
Azam ketika mengesahkan perkara itu dipetik berkata, satu kertas siasatan telah dibuka bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 berhubung kes berkenaan.
Pada 23 Disember tahun lalu, SPRM hadir ke Kementerian Pertahanan dan menyiasat projek-projek yang dilaksanakan melalui kaedah perolehan secara tender terbuka serta perolehan bawah Pusat Tanggungjawab (PTJ) Tentera Darat.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah tindakan yang diambil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap seorang pegawai tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang dipanggil bagi siasatan kes dakwaan rasuah? A: Pegawai tertinggi ATM tersebut dipanggil oleh SPRM untuk memberikan keterangan bagi membantu siasatan kes dakwaan rasuah yang masih diteruskan.
  • Q: Apa yang disahkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berhubung kes tersebut? A: Tan Sri Azam Baki mengesahkan bahawa proses siasatan masih berlangsung dan pegawai berkenaan masih diperlukan bagi melengkapkan keterangan berkaitan kes yang sedang disiasat.
  • Q: Apakah sebab Tan Sri Azam Baki tidak dapat memberikan butiran lanjut mengenai kes rasuah yang disiasat? A: Tan Sri Azam Baki tidak dapat memberikan butiran lanjut mengenai kes rasuah yang disiasat kerana siasatan masih berjalan dan beliau pernah menyatakan bahawa kes tersebut berkaitan dengan isu salah guna dana.
  • Q: Apakah tindakan yang diambil SPRM berhubung dengan akaun bank seorang pegawai kanan Tentera Darat yang disita? A: SPRM telah menyita enam akaun bank yang dipercayai milik seorang pegawai kanan Tentera Darat serta ahli keluarganya bagi membantu siasatan dakwaan rasuah yang melibatkan perolehan projek Tentera Darat.
  • Q: Apa yang telah dilakukan SPRM pada 23 Disember tahun lalu berkaitan dengan projek-projek Tentera Darat? A: Pada 23 Disember tahun lalu, SPRM menyiasat projek-projek yang dilaksanakan melalui kaedah perolehan secara tender terbuka serta perolehan bawah Pusat Tanggungjawab (PTJ) Tentera Darat di Kementerian Pertahanan.

Topic Berkaitan
#Angkatan Tentera Malaysia
#Azam Baki
#SPRM
#Kementerian Pertahanan
#Rasuah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan