awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YAPEIM peruntuk RM2.7 juta bagi mangsa banjir 2025
Jabatan Keadilan AS dedah lebih 10,000 fail baharu kes Epstein
MPM mohon dana RM20 juta bagi pembangunan atlet para
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: UK kenakan denda hampir RM50,000 jika enggan patuhi SOP

Agensi
Agensi
20/09/2020
15:15 MYT
COVID-19: UK kenakan denda hampir RM50,000 jika enggan patuhi SOP
Arahan yang berkuatkuasa pada 28 September itu mewajibkan orang ramai untuk mengasingkan diri jika disahkan positif COVID-19 atau dikesan sebagai kontak rapat. - Gambar REUTERS
Kerajaan United Kingdom (UK) akan mengenakan denda sehingga 10,000 pound (RM49,300) bagi sesiapa yang melanggar arahan perintah sekatan.
Ia susulan lonjakan kes yang dilihat sehingga memaksa pemerintah mengesahkan negara itu sedang berdepan dengan gelombang kedua jangkitan COVID-19.
Arahan yang berkuatkuasa pada 28 September itu mewajibkan orang ramai untuk mengasingkan diri jika disahkan positif COVID-19 atau dikesan sebagai kontak rapat.
Pada masa sama, pihak kerajaan akan menghulurkan bantuan sehingga 500 pound (RM2,600) kepada golongan berpendapatan rendah yang berdepan kerugian akibat arahan pengasingan diri.
Setakat ini, angka terbaharu menunjukkan kes harian COVID-19 di Britain meningkat kepada 4,422, tertinggi sejak awal Mei.
Anggaran rasmi juga menunjukkan bahawa jangkitan baru dan kemasukan ke hospital meningkat dua kali ganda setiap tujuh hingga lapan hari di UK.
Menurut Setiausaha Kesihatan UK, Matt Hancock, orang ramai juga mungkin berhadapan sekatan lebih ketat termasuk perintah berkurung di seluruh negara jika orang masih ingkar garis panduan yang ditetapkan.
BACA: COVID-19: UK sah alami gelombang kedua
BACA: COVID-19: Perintah berkurung jadi barisan pertahanan terakhir di UK
Topic Berkaitan
#Britain
#COVID-19
#Hospital
#kerajaan
#kesihatan
#koronavirus
#Matt Hancock
#SOP
#United Kingdom
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan