awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jabatan Keadilan AS dedah lebih 10,000 fail baharu kes Epstein

Bernama
Bernama
23/12/2025
14:26 MYT
Jabatan Keadilan AS dedah lebih 10,000 fail baharu kes Epstein
Jumaat lepas, DOJ telah mengeluarkan sejumlah besar fail berkaitan kes Epstein selaras dengan tarikh akhir yang ditetapkan di bawah Akta Ketelusan Fail Epstein.
MOSCOW: Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat (AS) pada Selasa mendedahkan satu lagi bahagian fail berkaitan kes pembiaya kewangan, mendiang Jeffrey Epstein, lapor Sputnik/RIA Novosti.
Koleksi bahan baharu itu, yang dinamakan sebagai DataSet 8, mengandungi lebih 10,000 fail individu termasuk 10,595 dokumen PDF, 419 rakaman video, 16 lembaran hamparan dan empat fail audio. Jumlah keseluruhan bahan yang diterbitkan itu melebihi 10 gigabait.
Menurut DOJ, penerbitan itu disediakan dalam tempoh singkat yang ditetapkan oleh Kongres, sambil menambah bahawa dokumen berkenaan telah disemak secara teliti dan dipinda bagi menyembunyikan data peribadi mangsa serta individu lain.
Jumaat lepas, DOJ telah mengeluarkan sejumlah besar fail berkaitan kes Epstein selaras dengan tarikh akhir yang ditetapkan di bawah Akta Ketelusan Fail Epstein.
Bagaimanapun, kebanyakan fail terbabit dikaburkan dengan teruk, malah ada yang meninggalkan imej hitam sepenuhnya. Fail-fail berkenaan disertakan dengan kapsyen yang berbunyi "Dikaburkan bagi melindungi maklumat berpotensi mangsa."
Pada 2019, Epstein didakwa di AS atas pertuduhan pemerdagangan seks kanak-kanak bawah umur dan konspirasi untuk melakukan jenayah berkenaan, yang membawa hukuman penjara lebih 40 tahun.
Pihak pendakwa raya berkata dia melakukan gangguan seksual terhadap berpuluh-puluh gadis bawah umur antara tahun 2002 dan 2005 dengan membayar wang tunai, selain menggunakan beberapa mangsa untuk merekrut mangsa lain, dengan ada di antara mereka yang seawal usia 14 tahun.
Pada Julai 2019, sebuah mahkamah di Manhattan menafikan ikat jamin terhadapnya, dan lewat bulan itu, dia dilaporkan membunuh diri di dalam sel penjaranya.
--BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI
Topic Berkaitan
#DoJ
#Amerika Syarikat
#pendedahan maklumat
#Jeffrey Epstein
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan