BRITAIN sedang merancang untuk menghapuskan peraturan kuarantin kendiri bagi individu yang telah menerima dua dos vaksin COVID-19.

Menteri Kesihatan United Kingdom, Matt Hancock berkata, syarat yang mungkin dimansuhkan itu adalah bagi mereka yang menjadi kontak rapat kepada individu positif.

"Kita sedang mengkaji pendekatan ini, sekiranya anda telah menerima dua suntikan, anda mungkin tak perlu lalui pengasingan sekiranya menjadi kontak rapat, tetapi anda perlu menjalani ujian saringan," katanya kepada BBC News pada Isnin.

Setakat ini, perkara tersebut masih dalam kajian, bagi memastikan sama ada ia berkesan atau sebaliknya.

UK pada dasarnya, ujar beliau, masih belum bersedia untuk menggunakan kaedah tersebut.