CP500 dikeluarkan berdasarkan pelaporan pembayar cukai dalam BNCP - LHDN

LHDN telah menerima aduan dan maklum balas daripada pembayar cukai yang telah menerima CP500, walaupun hanya mempunyai punca pendapatan penggajian. - Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Notis Bayaran Ansuran (CP500) yang diserahkan kepada pembayar cukai secara berperingkat pada Disember 2025, adalah berdasarkan pelaporan dalam Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) yang dikemukakan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.
Ringkasan AI
- Notis Bayaran Ansuran (CP500) dikeluarkan berdasarkan pelaporan BNCP yang mengandungi maklumat pendapatan daripada punca penggajian dan bukan penggajian, selaras dengan peruntukan Seksyen 107B ACP 1967.
- LHDN menerima aduan pembayar cukai yang menerima CP500 walaupun hanya berpendapatan daripada penggajian, disebabkan pelaporan yang tidak tepat dalam BNCP.
- Pembayar cukai individu boleh memohon pindaan Bayaran Ansuran (CP502) jika hanya mempunyai pendapatan penggajian, dengan mengemukakan borang EA/EC ke Meja Bantuan CP500 melalui e-mel di [email protected].
"Berdasarkan semakan lanjut, LHDN mendapati pembayar cukai berkenaan telah membuat pelaporan yang kurang tepat dalam BNCP.
"Sebahagian pendapatan penggajian telah dilaporkan sebagai pendapatan daripada punca dividen, faedah, sewa, royalti, pencen, anuiti dan apa apa perolehan atau keuntungan lain," menurut kenyataan itu.
Bagi pembayar cukai individu yang hanya mempunyai punca penggajian tetapi telah menerima CP500, LHDN memaklumkan pembayar cukai boleh mengemukakan Borang Permohonan Pindaan Bayaran Ansuran (CP502).
Ia perlu dikemukakan bersama borang EA/EC (Penyata Saraan Daripada Penggajian) kepada Meja Bantuan CP500 melalui e-mel di [email protected].
LHDN menyarankan pembayar cukai melaporkan pendapatan dalam BNCP dengan betul dan tepat bagi memastikan pengurusan cukai yang lebih cekap dan teratur.
"LHDN komited untuk terus memperkasakan sokongan dan bimbingan kepada pembayar cukai bagi memudahkan pelaksanaan tanggungjawab percukaian secara telus dan efisien," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


