BANGKOK: Vaksin COVID-19 yang dibangunkan secara tempatan di Thailand bakal diuji ke atas manusia pada akhir bulan April atau awal Mei selepas terbukti berjaya dalam percubaan ujian yang dilakukan terhadap tikus dan monyet tahun lepas.
Pengarah Hospital Chulalongkorn Profesor Dr Suttipong Wacharasindhu berkata vaksin RNA messenger (mRNA) itu, yang dibangunkan Universiti Chulalongkorn, terbukti mampu membina keimunan terhadap virus yang menyebabkan COVID-19.
"Fasa pertama ujian ke atas manusia akan merangkumi 72 sukarelawan di Hospital Chulalongkorn manakala fasa kedua membabitkan 300 hingga 600 sukarelawan di Hospital Chulalongkorn dan Universiti Mahidol," katanya pada sidang akhbar di sini.
Ketua Penyelidik Pusat Kecemerlangan dalam Penyelidikan dan Pembangunan Vaksin di Universiti Chulalongkorn Kiat Ruxrungtham berkata 'ChulaCov19' akan dihasilkan di California dengan kapasiti pengeluaran sehingga lima juta dos menjelang akhir tahun ini.
Beliau berkata vaksin itu akan dihasilkan secara tempatan selepas itu oleh syarikat Thailand, Bionet Asia Co.
Thailand berhasrat memberikan vaksinasi kepada 50 peratus penduduknya menjelang akhir tahun ini.
Kumpulan pertama 200,000 dos vaksin COVID-19 dari China dijadualkan tiba pada 24 Feb.
Setakat ini, Thailand dilaporkan telah memesan sejumlah 61 juta dos vaksin COVID-19 keluaran Oxford-AstraZeneca dan dua juta dos lagi keluaran Sinovac Biotech dari China.
Sementara itu, Thailand merekodkan kematian pertama membabitkan seorang doktor yang mendapat jangkitan COVID-19 daripada pesakit.
Dr Panya Hanphanitphan, 66, seorang doktor di wilayah Maha Sarakham, meninggal dunia di Hospital Srinagrind di Khon Kaen pada 1.19 pagi (waktu tempatan) tadi.
Kematian beliau akan dimasukkan dalam jumlah kes COVID-19 pada Jumaat.
Sehingga kini, Thailand mencatatkan sejumlah 25,111 kes dengan 82 kematian.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 18 2021
Vaksin RNA messenger (mRNA) terbukti mampu membina keimunan terhadap virus yang menyebabkan COVID-19. -Gambar fail
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
WFP: Utara Gaza diancam kebuluran kritikal
Timbalan Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP), Carl Skau, menegaskan perlunya lebih banyak akses bantuan untuk mengatasi masalah kebuluran yang kritikal di utara Gaza.
Tentera AS mula pembinaan jeti sementara di Gaza
Tentera Amerika Syarikat memulakan pembinaan jeti sementara bagi penghantaran bantuan ke Gaza, diumumkan oleh Setiausaha Akhbar Jabatan Pertahanan, Patrick Ryder.
Kekejaman zionis: Penemuan kubur besar di Hospital Gaza perlu disiasat
Pasukan pertahanan awam Palestin gesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat penemuan hampir 400 mayat dari kubur besar di hospital di Gaza selepas tentera Israel meninggalkan fasiliti kesihatan itu.
Israel perlu dikenakan sekatan senjata dan minyak tanpa syarat
Wakil Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Francesca Albanese, menyeru sekatan senjata dan minyak tanpa syarat dikenakan ke atas Israel, susulan tindakan rejim itu melanggar undang-undang antarabangsa.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan bebas tebusan
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan pembebasan tebusan menyebabkan usaha menamatkan krisis di Gaza gagal.
Suhu cecah 42 celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu
Untuk rekod, ini merupakan tahun kedua berturut-turut pihak berkuasa Bangladesh mengambil langkah sama akibat cuaca ekstrem.
Kes denggi meningkat di Brazil, cabar rancangan vaksinasi
Brazil disahkan mencapai satu juta kes demam denggi pada tahun 2024, dengan 214 kematian.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Gaza: Berpuluh ribu orang diancam penyakit
Ancaman penyakit semakin meningkat di pusat perlindungan sementara di Semenanjung Gaza dengan puluhan ribu orang tinggal dalam keadaan bersesak.
Jakarta laksana pemberian vaksin COVID-19 berbayar mulai 1 Jan
Perkhidmatan Kesihatan DKI Jakarta akan melaksanakan vaksinasi COVID-19 berbayar mulai 1 Jan 2024.
COVID-19: 'Masyarakat hanya sedar apabila ada ahli keluarga meninggal dunia'
Dr Farhan mengingatkan orang ramai agar tidak mementingkan percutian atau hadir ke majlis keramaian sekiranya mengalami simptom COVID-19.
Perhebat kembali pesanan awam, tangani maklumat salah vaksin COVID-19
Lebih tujuh bulan selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan COVID-19 bukan lagi kecemasan kesihatan awam yang menjadi kepentingan antarabangsa, walaupun kekal sebagai ancaman global, Mala
MOSTI perkukuh ekosistem vaksin negara, persediaan hadapi pandemik
Perbincangan diadakan antara lain untuk memastikan latihan berkaitan penghasilan vaksin manusia turut melibatkan pihak berkepentingan lain.
Kerajaan sasar 40,000 haiwan peliharaan di Sarawak divaksin antirabies tahun ini
Chan berkata, setakat 7 Sept lepas, sebanyak 27,668 haiwan peliharaan di negeri itu berjaya divaksin.
Suruhanjaya Eropah luluskan vaksin COVID-19 versi terkini
Suruhanjaya Eropah sudah meluluskan versi terkini vaksin COVID-19 yang dibangunkan oleh BioNTech-Pfizer.
Batuk Kokol: "Jangkitan bertoksin, boleh sebabkan antibiotik kurang berkesan" - Pakar Kesihatan Awam
Jangkitan batuk kokol berbeza dengan jangkitan lain memandangkan bakteria punca penyakit tersebut mengeluarkan toksin pada sel saluran pernafasan.