KEBERKESANAN vaksin COVID-19 yang diusahakan University of Oxford di United Kingdom, berada pada tahap 70 peratus berdasarkan kepada ujian klinikal terhadap lebih 20,000 orang yang bergejala.
Meskipun tahapnya berada di belakang dua pengeluar vaksin, Pfizer dan Moderna yang menunjukkan keputusan 95 peratus namun vaksin dihasilkan universiti itu jauh lebih murah, lebih mudah disimpan dan boleh diedarkan ke seluruh pelusuk dunia.
Begitupun, ada data menunjukkan sekiranya seseorang menyempurnakan semua dos vaksin tersebut, ia mampu meningkatkan keberkesanan vaksin itu sehingga 90 peratus, menurut laporan BBC
Kerajaan United Kingdom telah memesan 100 juta dos vaksin tersebut, cukup untuk memberi imunisasi kepada 50 juta orang.
Perdana Menteri, Boris Johnson dalam reaksinya berkata, perkembangan terbaharu itu merupakan berita menggembirakan terutamanya selepas melihat vaksin itu berkesan.
“Masih ada keperluan emeriksaan keselamatan lebih lanjut tetapi ini adalah hasil yang luar biasa,” katanya.
Untuk rekod, vaksin itu telah diusahakan sekitar 10 bulan, satu proses yang biasanya memerlukan satu dekad.
“Pengumuman hari ini membawa kita satu langkah lebih dekat dengan saat kita dapat menggunakan vaksin untuk mengakhiri kehancuran yang disebabkan virus,” kata arkitek vaksin itu, Prof Sarah Gilbert.
Menurut laporan itu lagi, lebih daripada 20,000 sukarelawan terlibat dalam ujian keberkesanan vaksin itu, separuh di UK, selebihnya di Brazil.
"Kami sangat gembira dengan hasil ini," kata Prof Andrew Pollard, antara penggerak utama penghasilan vaksin itu kepada BBC.
Menurutnya, data keberkesanan sehingga 90 peratus adalah "sesuatu yang menarik" dan membawa maksud "kita akan mempunyai lebih banyak dos untuk diedarkan."
Begitupun, buat masa ini masih belum diketahui bilakah vaksin tersebut akan mula diedarkan namun di UK, terdapat empat juta dos yang siap digunakan, dengan 96 juta lagi dijangka bakal mampu diedarkan.
Namun, tidak akan ada apa-apa berlaku selagi vaksin itu tidak dipersetujui pihak yang mengawal selia penghasilan vaksin itu yang akan menilai keberkesanan vaksin.
Mereka juga akan menilai sama ada vaksin tersebut dibuat mengikut standard atau tidak dan proses itu akan berlaku dalam beberapa minggu mendatang.
Agensi
Mon Nov 23 2020

Meskipun tahapnya berada di belakang Pfizer dan Moderna yang menunjukkan keputusan 95 peratus namun vaksin dihasilkan universiti itu jauh lebih murah, lebih mudah disimpan dan boleh pergi ke seluruh pelusuk dunia. - Gambar fail

PKP 2.0: Lebih ramai peniaga dijangka gulung tikar jika had operasi hingga 8 malam sahaja
Itu realiti yang dialami rata-rata peniaga di negeri yang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa kedua apabila hasil jualan terus merosot sehingga 70 peratus.

Peniaga ubah strategi promosi jualan makanan pastikan perniagaan bertahan
Deretan kedai makan di kawasan tumpuan di bandar Melaka kini lengang dan hanya dipenuhi motosikal penghantar makanan.

JKNS ambil berat persekitaran kerja, keselamatan dan keperluan asas petugas
Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) mengambil berat persekitaran kerja, keperluan asas, penjagaan kesihatan dan keselamatan petugas kesihatan yang bertugas di mana-mana fasiliti kesihatan

COVID-19: Malaysia antara negara terawal di dunia gunakan RTK-Ag
RTK-Ag telah digunakan untuk memastikan keputusan saringan apabila penularan COVID-19 didapati tinggi dalam kawasan penduduk tertentu.

Beberapa cawangan, pejabat LHDN ditutup sementara
Beberapa cawangan dan pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di negeri tertentu akan ditutup sementara bagi memberi laluan kepada kerja-kerja sanitasi.

Co-opbank Pertama dinobat koperasi terbaik negara 2020
Co-opbank Pertama (CBP) dipilih sebagai koperasi terbaik di seluruh negara, sekali gus mencatatkan pencapaian membanggakan sejak penubuhannya pada tahun 1950.

Industri insurans dan takaful cari kaedah kurangkan perbelanjaan pesakit COVID-19
Industri insurans dan takaful sedang bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan serta Bank Negara Malaysia untuk meneroka kaedah bagi mengurangkan perbelanjaan rawatan pesakit COVID-19.

10 Berita Pilihan - (17 Januari 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Penafian berita palsu tular 17 Jan - KKMM
Berikut adalah penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) malam ini.

Kebakaran | Bangunan Hospital Tanah Merah dalam pembinaan terbakar
Sebahagian bangunan Hospital Tanah Merah yang masih dalam pembinaan terbakar malam ini.

Peniaga ubah strategi promosi jualan makanan pastikan perniagaan bertahan
Deretan kedai makan di kawasan tumpuan di bandar Melaka kini lengang dan hanya dipenuhi motosikal penghantar makanan.

COVID-19: Malaysia antara negara terawal di dunia gunakan RTK-Ag
RTK-Ag telah digunakan untuk memastikan keputusan saringan apabila penularan COVID-19 didapati tinggi dalam kawasan penduduk tertentu.

Beberapa cawangan, pejabat LHDN ditutup sementara
Beberapa cawangan dan pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di negeri tertentu akan ditutup sementara bagi memberi laluan kepada kerja-kerja sanitasi.

Industri insurans dan takaful cari kaedah kurangkan perbelanjaan pesakit COVID-19
Industri insurans dan takaful sedang bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan serta Bank Negara Malaysia untuk meneroka kaedah bagi mengurangkan perbelanjaan rawatan pesakit COVID-19.

Penafian berita palsu tular 17 Jan - KKMM
Berikut adalah penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) malam ini.

Kerajaan setuju bentuk Kumpulan Penasihat Kesihatan dan Saintifik COVID-19 - PM
Sehubungan itu, beliau amat mengalukan pencalonan ahli yang sesuai untuk terlibat dalam kumpulan penasihat ini.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Joe Biden dijangka melaksanakan beberapa perintah eksekutif termasuk menarik balik larangan kontroversi terhadap beberapa negara Islam.

Setiausaha Politik Menteri Sumber Manusia positif COVID-19
Berita tersebut dikongsikan oleh isterinya, Datin Erni Dekritawati Yuliana Buhari atau lebih dikenali dengan panggilan Rita Sosilawati di laman Instagramnya pada Ahad.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Jumlah kes baharu harian COVID-19 merupakan antara berita pilihan sepanjang hari ini.

COVID-19: Thailand catat 374 kes baharu, sifar kematian
Thailand telah merekodkan sejumlah 374 jangkitan baharu COVID-19 dan sifar kematian dalam tempoh 24 jam lepas.