awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perutusan Tahun Baharu PM: Apa hala tuju Malaysia?
Lapangan terbang Moscow ditutup akibat ancaman dron Ukraine
Polis kenal pasti semua 40 mangsa kebakaran bar di pusat peranginan ski Switzerland
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Varian Afrika Selatan lebih bahaya, sukar dikesan ujian saringan - Pakar

Agensi
Agensi
06/01/2021
05:43 MYT
COVID-19: Varian Afrika Selatan lebih bahaya, sukar dikesan ujian saringan - Pakar
Para saintis sedang menguji sama ada vaksin COVID-19 dapat melindungi penerima vaksin daripada varian baharu Afrika Selatan dan UK yang mana kedua-duanya mengandungi jumlah mutasi luar biasa berbanding varian lain. -Gambar hiasan
VARIAN COVID-19 di Afrika Selatan tidak dapat dikesan melalui ujian saringan, sekali gus menjadikannya lebih berbahaya berbanding varian yang menular di United Kingdom (UK).
Seorang profesor madya mikrobiologi selular di University of Reading berkata ujian polymerase chain reaction (PCR) tidak dapat membezakan varian Afrika Selatan dan ia telah menular untuk beberapa bulan.
Para saintis sedang menguji sama ada vaksin COVID-19 akan melindungi penerima vaksin daripada varian baharu Afrika Selatan dan UK yang mana kedua-duanya mengandungi jumlah mutasi luar biasa berbanding dengan varian yang lain.
Mutasi ini tertumpu khususnya pada segmen genom virus itu yang memberikan kod kepada lonjakan protein, yang mana vaksin Pfizer dan BioNTech, Moderna dan Oxford-Astrazeneca mampu membina imuniti penerima.
Pada Selasa, Setiausaha Kesihatan UK, Matt Hancock berkata beliau amat bimbang akan varian Afrika Selatan yang dikenali sebagai 501.V2 itu.
Hancock berkata ia merupakan satu masalah yang sangat besar.
Sebelum ini, varian UK dikesan buat pertama kali pada September lepas dan pengawai mendapati ia menular dengan cepat di seluruh negara pada pertengahan Disember lalu.
Ia menyebabkan sekatan pergerakan yang lebih ketat terhadap pergerakan dan perniagaan.
Varian Afrika Selatan pula dikesan dan dilaporkan pada 18 Disember lalu dan telah menggantikan varian lain seawal November.
Sementara itu, Pengarah University College London Genetics Institute, Francois Balloux berkata dalam satu kenyataan, 501.V2 membawa mutasi dalam lonjakan protein yang tidak terdapat pada strain UK.
“Mutasi E484K telah menunjukkan penurunan pengenalan antibodi,” Balloux dalam satu kenyataan.
Bagaimanapun, beliau berkata mutasi tersebut tidak mencukupi bagi varian itu melepasi perlindungan yang diberikan oleh vaksin.
Topic Berkaitan
#varian Afrika Selatan
#ujian saringan
#Polymerase Chain Reaction
#pcr
#Pfizer dan BioNTech
#Moderna
#Oxford-AstraZeneca
#Matt Hancock
#vaksin
#COVID-19
#Pfizer
#BioNTech
#varian baharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan