awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JPA komited perkhidmatan awam pantas, berorientasikan rakyat selari amanat PM 2026
Ee Wei sasar musim 2026 lebih sihat, bebas kecederaan
Permintaan domestik, lonjakan e-dagang pacu sektor logistik Malaysia - Kenanga Research
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis kenal pasti semua 40 mangsa kebakaran bar di pusat peranginan ski Switzerland

Agensi
Agensi
05/01/2026
00:00 MYT
Polis kenal pasti semua 40 mangsa kebakaran bar di pusat peranginan ski Switzerland
Sekumpulan Ahli Majlis Persekutuan Switzerland berdiri dan memberi penghormatan sebagai mengenang kematian 40 orang dalam kebakaran di sebuah bar di pusat peranginan ski Crans-Montana pada malam sambutan Tahun Baharu. - Gambar Reuters
CRANS-MONTANA: Polis Switzerland mengesahkan semua 40 mangsa yang terkorban dalam kebakaran di sebuah bar di pusat peranginan ski Crans-Montana pada malam sambutan Tahun Baharu telah dikenal pasti.
Kesemua mangsa berusia antara 14 hingga 39 tahun, dengan 15 daripadanya berumur bawah 18 tahun.
Mangsa termuda ialah seorang remaja perempuan warga Switzerland dan seorang remaja lelaki warga Perancis, masing-masing berusia 14 tahun.
Kumpulan mangsa terdiri daripada warga Switzerland, Itali, Romania, Turkiye, Portugal, Perancis, Belgium, serta seorang warga United Kingdom dan Israel.
Selain 40 yang maut, seramai 119 lagi cedera, kebanyakannya mengalami kecederaan melecur teruk – enam daripadanya sehingga kini belum dapat dikenal pasti.
Siasatan jenayah terhadap pengurus bar
Siasatan jenayah sedang dijalankan terhadap pasangan warga Perancis yang menguruskan bar Le Constellation.
Hasil siasatan awal mendapati kebakaran berpunca daripada percikan bunga api pada botol minuman yang dibawa terlalu dekat dengan siling.
Polis memaklumkan tiada maklumat lanjut mengenai identiti mangsa akan didedahkan demi menghormati keluarga mereka.
Bagaimanapun, ibu kepada Arthur Brodard mengesahkan di Facebook bahawa anak lelakinya berusia 16 tahun adalah antara mangsa yang terkorban.
“Kami boleh memulakan proses berkabung, mengetahui dia kini dalam kedamaian,” katanya dalam video yang kelihatan sebak.
Bar popular dalam kalangan remaja
Le Constellation terkenal sebagai lokasi popular golongan muda di Crans-Montana, di mana had umur untuk minum ialah 16 tahun.
Pasangan pemilik bar, dikenali sebagai Jacques dan Jessica Moretti, disiasat atas dakwaan menyebabkan kematian, kecederaan dan kebakaran akibat kecuaian, menurut pejabat pendakwa Valais.
Pendakwa utama Valais, Beatrice Pilloud berkata, siasatan turut meneliti sama ada bahan buih akustik pada siling premis menjadi punca kebakaran dan sama ada ia mematuhi peraturan keselamatan.
Antara mangsa termasuk remaja yang pernah bersekolah di UK dan seorang atlet golf muda Itali, Emanuele Galeppini, 16, yang disahkan terkorban selepas kenyataan rasmi Persekutuan Golf Itali memberi penghormatan kepada “atlet muda yang penuh semangat dan nilai murni.” - Agensi
Topic Berkaitan
#kebakaran
#kebakaran bar
#pusat peranginan ski
#Switzerland
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan