VICTORIA mengumumkan perintah berkurung selama tujuh hari bermula Khamis selepas seorang prengembara dari India dijangkiti wabak berkenaan awal bulan ini.

Menurut pihak berkuasa, pesakit itu dijangkiti varian India COVID-19 ketika dikuarantin di sebuah hotel.

Difahamkan, pesakit itu tidak didiagnos sehingga dia pulang ke Victoria.

Pada Khamis, kes daripada kluster berkenaan meningkat kepada 26 kes, termasuk seorang yang sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU).

Dalam pada itu, Perdana Menteri Australia, Scott Morrison memaklumkan, Victoria berdepan waktu yang mencabar untuk tujuh hari akan datang selepas negeri itu mengumumkan perintah berkurung untuk kali keempat sejak wabak itu menular.

Bandar kedua terbesar di Australia itu tahun lalu mengalami gelombang jangkitan kedua yang memuncak dengan 725 kes baru pada bulan Ogos sahaja.

Perintah berkurung itu  berlangsung selama 111 hari.

Perintah berkurung ketiga berlangsung selama lima hari pada Februari selepas 13 kes yang berkaitan dengan pusat kuarantin di sebuah hotel berhampiran Lapangan Terbang Melbourne.

Victoria menyumbang 820 daripada 910 kematian akibat COVID-19.