Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan rekod tertinggi peningkatan jumlah kes positif COVID-19 dicatat di seluruh dunia pada Ahad.

Dalam kenyataannya pada Isnin, badan dunia itu melaporkan peningkatan sebanyak 183,020 kes positif global dalam tempoh 24 jam.

Kenaikan tertinggi direkod di Amerika Utara dan Selatan dengan lebih 116,000 kes baharu.

Terdahulu, rekod kenaikan harian tertinggi adalah pada 18 Jun dengan 181,232 kes.

Jumlah keseluruhan kes positif jangkitan COVID-19 kini mencecah 8.7 juta dengan angka kematian melebihi 461,000.