Sebuah zoo di utara Jerman memohon bantuan derma daripada masyarakat untuk meneruskan operasi dan memberi makan haiwan dalam kurungan.
Zoo yang biasanya padat dengan pengunjung pada musim cuti itu kini tidak dapat beroperasi susulan langkah kawalan pergerakan ketat yang dilaksanakan di negara itu, sekali gus menjejaskan pendapatan bagi membeli makanan buat semua haiwan.
Pengarah zoo itu berkata jika keadaan mendesak, kemungkinan besar beberapa haiwan terpaksa dikorbankan untuk memberi makan kepada haiwan-haiwan lain, lapor BBC.
"Kami telah menyenaraikan haiwan yang akan disembelih dahulu," kata pengarah Zoo Neumünster, Verena Kaspari kepada portal berita Die Welt.
Kaspari berkata langkah mengorbankan beberapa haiwan itu walaupun "tidak menyenangkan" hanyalah usaha terakhir demi kelangsungan zoo.
Malah ia tidak akan menyelesaikan masalah kewangan dihadapi zoo itu susulan penutupan sementara operasinya.
"Jika terdesak, saya terpaksa mematikan haiwan ini daripada melihat ia menanggung azab kebuluran," katanya lagi.
Menurutnya lagi, anjing laut dan penguin memerlukan ikan segar dalam kuantiti banyak setiap hari.
Zoo yang terletak di Berlin itu dimiliki sebuah persatuan yang tidak layak mendapat bantuan dana kecemasan negeri untuk perniagaan kecil.
Dianggarkan kerugian yang bakal dialami zoo tersebut pada musim bunga ini mencecah €175,000 (kira-kira RM832,000).
Astro Awani
Wed Apr 15 2020
Antara haiwan di zoo berkenaan. -Facebook
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Ketika ini lokasi kapal memulakan pelayaran akan ditukarkan ke satu lokasi yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
Pihak produksi masih terima Naim Daniel jika ubah fikiran
Ketua saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh memberitahu bahawa pihak produksi masih lagi memberi ruang kepada penyanyi tersebut untuk mempertimbangkan semula tawaran yang diberikan.
The Hardest Singing Show cabar kreativiti penyanyi tempatan
Program The Hardest Singing Show mencari satu juara yang mampu menyahut cabaran kreativiti luar limitasi.
Pekerja Ahli Parlimen EU disyaki jadi pengintip China
Polis Jerman telah menahan seorang pekerja ahli politik Parlimen Eropah Alternative for Germany (AfD) kerana disyaki menjadi pengintip China.
Amaran ribut hujan tahap tertinggi dikeluarkan di Guangdong, selatan China
Lebih 100,000 orang sudah dipindahkan akibat hujan lebat dan banjir yang boleh membawa maut di selatan China.
Jokowi dan anaknya bukan lagi ahli PDIP
Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi dan anaknya, bakal naib presiden Gibran Rakabuming Raka, bukan lagi ahli parti terbesar negara itu selepas mereka menyokong calon pesaing yang juga pemenang pilihan raya Prabowo Subianto.
Lima migran maut ketika cuba memasuki Perancis
Lima termasuk seorang kanak-kanak, maut dalam cubaan menyeberangi Selat Inggeris dari Perancis pada Selasa.
Polis New York lakukan penahanan himpunan lewat malam
Polis New York bertindak melakukan penahanan membabitkan peserta yang terlibat dalam himpunan solidariti terhadap Palestin di Universiti New York (NYU) pada lewat malam Isnin. Penahanan itu dibuat selepas mereka didakwa mengingkari arahan amaran pihak universiti untuk bersurai dan mengosongkan plaza yang menjadi tempat mereka berkumpul.
Break The Siege: Ada kemungkinan lokasi pelepasan kapal ditukar
Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coalition (FFC), Kamarul Zaman Shaharul Anwar memaklumkan, wujud kemungkinan lokasi pelabuhan bagi pelepasan kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla ditukar.
Benarkan syarikat milik bukan Islam cetak Al-Quran, pengarah syarikat didenda
Seorang pengarah syarikat percetakan dijatuhi hukuman denda RM8,000 atau penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Selasa selepas mengaku salah tidak mematuhi syarat-syarat lesen untuk mencetak atau menerbitkan Teks al-Quran, bulan lepas.
Pemuda OKU cekal redah banjir beri makan haiwan ternakan
Muhammad Firdaus berkata jika paras air semakin tinggi, beliau perlu mengalihkan haiwan ternakannya itu ke tempat lebih selamat.
COVID-19: Zoo Jerman pertimbang korbankan 'beberapa haiwan' untuk elak kebuluran
Pengarah zoo itu berkata jika keadaan mendesak, kemungkinan besar beberapa haiwan terpaksa dikorbankan demi kelangsungan zoo dan haiwan-haiwan lain.