DUNIA

COVID-19: 1,000 petugas kesihatan dikerah ke New York

Astro Awani 07/04/2020 | 01:57 MYT
Sistem penjagaan kesihatan di New York menerima pesakit COVID-19 melebihi kapasiti dan ia hampir tidak mencukupi. Gambar fail/ Reuters.
AMERIKA SYARIKAT mengerahkan 1,000 petugas kesihatan termasuk doktor, jururawat dan juruteknik bantuan pernafasan ke New York bagi mengekang penularan pandemik COVID-19.
Jumlah tersebut termasuk 325 petugas yang dijangka tiba ke bandar raya itu seawal Ahad.
Gabenor New York, Andrew Cuomo, berkata sistem penjagaan kesihatan di bandar raya itu menerima pesakit melebihi kapasiti dan ia hampir tidak mencukupi.
Pada masa sama, anggota tentera turut dihantar bagi membantu menjaga pesakit di hospital sementara di Javits Centre, New York.
Jabatan Pertahanan Amerika memaklumkan pusat konvensyen telah dibuka kepada pesakit sejak 30 Mac lalu.
Setakat ini, lebih 122,000 disahkan positif COVID-19 di New York, dengan sekurang-kurangnya 16,000 mangsa sedang menerima rawatan di hospital.
#Amerika Syarikat #COVID-19 #Hospital #kesihatan #koronavirus #mangsa #New York #tentera