awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 23 wilayah di Thailand berisiko tinggi

Astro Awani
Astro Awani
23/12/2020
21:52 MYT
COVID-19: 23 wilayah di Thailand berisiko tinggi
Terdapat satu kawasan di Samut Sakhon yang mencatatkan hampir keseluruhan penduduk positif COVID-19. - Gambar fail AP
Pihak berkuasa Thailand mengenal pasti 23 wilayah berisiko tinggi bagi penularan COVID-19, yang mempunyai hubungan komersial dengan pasar makanan laut utama di Bangkok yang mengalami peningkatan kes baharu secara drastik.
Perkara itu dipercayai mempunyai kaitan selepas vendor di pasar sekitar Mahachai di wilayah Samut Sakhon itu mengenal pasti perjalanan pelanggan mereka.
Pihak berkuasa menggesa agar pelanggan tampil melakukan ujian saringan bagi mencegah penularan yang lebih luas.
Malah ujian saringan juga dilakukan terhadap pekerja asing di pasar makanan laut di Mahachai.
Jurucakap Pentadbiran Situasi COVID-19 negara itu memaklumkan, terdapat satu kawasan di wilayah tersebut yang mencatatkan hampir keseluruhan penduduknya diuji positif COVID-19.
Ia dipercayai berkaitan dengan penularan di wilayah lain termasuk di Bangkok.
Susulan itu, pihak berkuasa meningkatkan semula langkah keselamatan termasuk penjarakan fizikal, pemakaian pelitup muka dan pemeriksaan suhu badan.
Pemeriksaan lebih ketat juga dilakukan di pasar raya, kuil, taman-taman dan pusat hiburan.
COVID-19: 23 wilayah di Thailand berisiko tinggi
Topic Berkaitan
#Thailand
#Bangkok
#COVID-19
#ujian saringan
#pekerja asing
#berisiko tinggi
#pelanggan
#pasar
#makanan laut
#Samut Sakhon
#Mahachai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan