awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dakwaan Malaysia serah 5,207 hektar tanah kepada Indonesia suatu penipuan - PM Anwar
Warga Tentera Darat perlu bangkit, kekal berintegriti dan berkemahuan menang - PTD
Kes tembakan: Polis Selangor giat lakukan operasi bersama JSJ Bukit Aman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Angka korban seluruh dunia cecah 175,000

Astro Awani
Astro Awani
21/04/2020
21:59 MYT
COVID-19: Angka korban seluruh dunia cecah 175,000
Menurut statistik Johns Hopkins University, sebanyak empat negara mempunyai kes maut melebihi 20,000. - Reuters
ANGKA kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia kini merekodkan 175,000 kes setakat jam 5 pagi, Rabu.
Ia mencatatkan pertambahan lebih 6,000 kematian dalam tempoh 24 jam.
Menurut statistik Johns Hopkins University, sebanyak empat negara mempunyai kes maut melebihi 20,000.
Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai negara yang mempunyai angka korban tertinggi dan satu-satunya negara yang mencecah 40,000 apabila mencatatkan 43,796 kes keseluruhan.
Negara Uncle Sam itu juga merekodkan pertambahan 2,221 kematian dalam tempoh 24 jam.
Ini diikuti Itali yang mencatatkan pertambahan 534 kematian dengan jumlah keseluruhan lebih 24,600.
Sepanyol pula menjadi negara ketiga paling teruk apabila merekodkan pertambahan 430 korban, sekali gus jumlah keseluruhan 21,000 kes.
Dalam pada itu, Perancis yang melepasi angka korban 20,000 kes semalam merekodkan pertambahan 531 kes kematian dan secara keseluruhan 20,700.
United Kingdom (UK) pula mencatatkan pertambahan 868 korban baharu dan secara keseluruhan 17,300.
Kebanyakan negara-negara Eropah yang terjejas teruk sejak sebulan lalu mula menunjukkan angka kematian yang semakin menurun hari ke hari.
Topic Berkaitan
#AS
#COVID-19
#Itali
#Johns Hopkins University
#kes kematian
#koronavirus
#maut
#United Kingdom
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan