awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Selangor tumpaskan sindiket penipuan dalam talian
AS berunding dengan Iran "ketika ini” - Trump
12 penyokong Selangor FC didakwa miliki, salah guna dadah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes tembakan: Polis Selangor giat lakukan operasi bersama JSJ Bukit Aman

Bernama
Bernama
04/02/2026
05:52 MYT
Kes tembakan: Polis Selangor giat lakukan operasi bersama JSJ Bukit Aman
Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar (tengah) ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor hari ini. - Foto Bernama
SHAH ALAM: Polis Selangor giat melaksanakan operasi bersama Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, susulan beberapa kes tembakan yang berlaku di Klang dan Banting, kebelakangan ini.
Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata kerjasama antara JSJ Selangor dan Bukit Aman membolehkan polis menggunakan rangkaian risikan yang lebih luas bagi menjejaki suspek.
Beliau berkata operasi berkenaan telah memberikan petunjuk dan maklumat risikan penting namun butiran lanjut tidak dapat didedahkan kepada umum kerana siasatan masih berjalan.
"Operasi telah dan masih dijalankan berkaitan kes ini, ia menghasilkan keputusan dan petunjuk siasatan kepada polis...apa yang boleh saya katakan, orang ramai perlu yakin dengan pihak polis," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini hari ini.
Shazeli berkata penyelesaian kes tidak semestinya bergantung kepada tangkapan atau pertuduhan segera kerana terdapat saluran undang-undang lain yang boleh diambil berdasarkan bukti sedia ada.
Sebelum ini, beberapa kejadian tembakan di Klang mencetuskan kebimbangan orang ramai terhadap isu keselamatan dan kegiatan gangsterisme di kawasan tersebut.
Dalam perkembangan lain, Shazeli berkata polis sedang melengkapkan semula kertas siasatan (IP) berhubung seorang pelakon lelaki yang ditahan berkaitan kes dadah.
Beliau berkata pihaknya telah mendapat arahan daripada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk melengkapkan semula IP tersebut dan pelakon berkenaan telah dibebaskan dengan jaminan polis.
"Justeru, dalam tempoh itu polis memberikan jaminan terhadap individu terbabit sementara kertas siasatan mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dilengkapkan," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, di sini hari ini.
Ditanya mengenai kes berkaitan taska yang didakwa mengurung kanak-kanak autistik, Shazeli berkata pihaknya masih menjalankan siasatan dengan kerjasama JSJ Bukit Aman.
"Ia melibatkan beberapa premis lain juga, jadi proses siasatan sedang berjalan kerana banyak laporan diterima, melebihi 20," katanya yang turut memaklumkan taska berkenaan masih beroperasi hingga kini.
-- BERNAMA


Topic Berkaitan
#kes tembakan
#Polis Selangor
#JSJ Bukit Aman
#Klang
#Banting
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan