awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Nasi ambeng... Satu dulang seribu makna
TASK raih kutipan hampir RM4 juta tahun 2026
Meta, TikTok dan Google perkukuh ciri keselamatan digital remaja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Australia pendekkan sela masa dos penggalak

Astro Awani
Astro Awani
13/12/2021
01:21 MYT
COVID-19: Australia pendekkan sela masa dos penggalak
Australia merupakan antara negara dunia yang paling banyak divaksinasi, dengan kira-kira 90 peratus individu berumur lebih dari 16 tahun telah disuntik sepenuhnya. -Reuters
CANBERRA: Australia akan memendekkan masa menunggu untuk orang ramai menerima dos penggalak vaksin COVID-19 berikutan peningkatan dalam kes varian Omicron.
Terdahulu Australia berkata ia akan menawarkan dos penggalak kepada semua individu berusia 18 tahun ke atas yang telah mendapat dos kedua vaksin enam bulan sebelum ini.
Dengan peningkatan kes varian Omicron, Menteri Kesihatan, Greg Hunt bagaimanapun berkata, sela masa akan dipendekkan kepada lima bulan selepas dos kedua.
Jelasnya, dos penggalak, lima bulan selepas dos kedua akan memastikan perlindungan adalah lebih kuat dan tahan lebih lama serta membantu mencegah penyebaran virus.
Australia akan menggunakan kedua-dua vaksin daripada Pfizer-BioNTech dan Moderna dalam program dos penggalaknya.
Australia merupakan antara negara dunia yang paling banyak divaksinasi, dengan kira-kira 90 peratus individu berumur lebih dari 16 tahun telah disuntik sepenuhnya.
Namun, Australia pada Ahad melaporkan 1,556 kes dalam 24 jam kerana jangkitan berlarutan menghampiri paras tertinggi enam minggu yang dilaporkan sehari sebelumnya.
Australia telah merekodkan kira-kira 229,000 jangkitan COVID-19.
Angka korban akibat virus itu juga jauh berkurangan berbanding negara lain di dunia iaitu 2,100 kematian.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#dos penggalak
#Omicron
#sela masa dipendekkan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan