INTERNATIONAL
COVID-19: Australia rekod sifar kes baharu selepas lima bulan
Menteri Kesihatan, Greg Hunt, mengucapkan terima kasih kepada semua petugas barisan hadapan serta rakyatnya atas kejayaan tersebut. - Reuters
BUAT pertama kalinya selepas hampir lima bulan, Australia tidak melaporkan jangkitan baharu COVID-19.
Berikutan itu, kerajaan Australia merancang untuk melonggarkan arahan sekatan pergerakan.
Wilayah Victoria, yang menjadi kawasan titik panas jangkitan COVID-19 selepas menyumbang lebih 90 peratus daripada 907 angka korban turut menyaksikan tiada jangkitan serta kematian baharu dalam tempoh dua hari berturut-turut.
Menteri Kesihatan, Greg Hunt, mengucapkan terima kasih kepada semua petugas barisan hadapan serta rakyatnya atas kejayaan tersebut.
Untuk rekod, Australia mengesahkan 27,590 kes positif COVID-19 sejak ia mula dikesan pada Januari lalu.