awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China wajibkan bateri EV tidak boleh terbakar dan meletup bermula 2026
Penunggang motosikal cedera parah dalam kemalangan tiga kenderaan di Jenjarom
Lelaki Indonesia maut tertimbus tanah runtuh di Bandar Penawar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemeriksaan keterlaluan di lapangan terbang, Australia minta penjelasan Qatar

Agensi
Agensi
25/10/2020
22:45 MYT
Pemeriksaan keterlaluan di lapangan terbang, Australia minta penjelasan Qatar
Pemeriksaan itu dibuat selepas kakitangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad menemui seorang bayi pramatang ditinggalkan di tandas. - Gambar fail/REUTERS
DOHA:Australia menyuarakan kebimbangan selepas Qatar dilaporkan meminta penumpang wanita menjalani pemeriksaan menyeluruh sebelum menaiki penerbangan dari Doha ke Sydney, 2 Oktober lalu.
Pemeriksaan itu dibuat selepas kakitangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad menemui seorang bayi pramatang ditinggalkan di tandas.
Tidak ada pengesahan sama ada bayi itu masih hidup atau sudah meninggal dunia.
Seramai 13 warga Australia dipaksa menjalani pemeriksaan berkenaan.
Mereka dibawa ke ambulans dan diminta untuk menanggalkan seluar dalam sebelum diperiksa, lapor Channel Seven.
Kesemua mangsa tidak diberi sebarang penjelasan mengapa mereka diperiksa sebelum menaiki penerbangan Qatar Airways.
"Kami telah menyuarakan keprihatinan serius mengenai kejadian itu dengan pihak berkuasa Qatar dan telah diberi jaminan bahawa maklumat terperinci akan segera diberikan," kata jurucakap Jabatan Luar Negeri dan Perdagangan Australia.
Topic Berkaitan
#Australia
#wanita
#penerbangan
#Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad
#mangsa
#Sydney
#Qatar
#pemeriksaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan