awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
Imigresen selamatkan pembantu rumah warga Indonesia jadi mangsa eksploitasi
Edar vape berisi dadah, warga Singapura antara dua ditahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Brazil mula suntik vaksin kepada masyarakat peribumi Amazon

Saraya Mia
Saraya Mia
20/01/2021
09:09 MYT
COVID-19: Brazil mula suntik vaksin kepada masyarakat peribumi Amazon
Sebelum ini, Bolsonaro telah mengambil keputusan untuk mendapatkan vaksin buatan India, Covishield sambil mengecam vaksin China yang dianggap tidak konsisten dengan data-data ujian klinikal. - Reuters
BRAZIL memulakan program vaksinasi negara dengan menyuntik golongan peribumi di pedalaman Amazon, pada Selasa.
Memetik laporan Reuters, kerajaan negara itu telah menghantar petugas kesihatan dan 1,000 dos vaksin menentang COVID-19 buatan firma biotek China, Sinovac ke perkampungan Umariacu yang terletak berhampiran sempadan Peru dan Colombia.
“Ia adalah sangat penting bagi komuniti Orang Asli untuk mendapat suntikan vaksin. Inilah yang kami tunggu-tunggukan,” kata Isabel Ticuna, 68 tahun kepada Reuters, individu dari komuniti peribumi yang pertama menerima suntikan vaksin berkenaan.
Virus COVID-19 telah meragut seramai 926 nyawa dan menjangkiti lebih 46,000 daripada lebih 800,000 penduduk peribumi di Brazil sejak permulaan pandemik, lapor organisasi hal ehwal Orang Asli Brazil, APIB.
Selain golongan peribumi, Presiden Jair Bolsonaro bercadang untuk memberi suntikan vaksin terawal kepada petugas kesihatan dan golongan warga emas 80 tahun ke atas, lapor AP News.
Sebelum ini, Bolsonaro telah mengambil keputusan untuk mendapatkan vaksin buatan India, Covishield, dan pada masa sama mengecam vaksin China yang dianggap tidak konsisten dengan data-data ujian klinikal.
Bagaimanapun, negara itu terpaksa memulakan program vaksinasi terlebih dahulu sebelum New Delhi melepaskan 2 juta vaksin buatan Serum Institute of India (SII) kepada rakyat India terlebih dahulu.
Setakat Rabu, negara terbesar Amerika Selatan itu melaporkan 8.57 juta kes kumulatif positif COVID-19 dan 211,000 kematian.
Topic Berkaitan
#Brazil
#Amazon
#Orang Asli
#COVID-19
#virus
#vaksin
#pertama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan