awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Britain sahkan kematian pertama akibat varian Omicron

Astro Awani
Astro Awani
13/12/2021
23:48 MYT
COVID-19: Britain sahkan kematian pertama akibat varian Omicron
PM Britain Boris Johnson mengadakan lawatan ke pusat vaksinasi Stow Health di Westminster, London, 13 Dis 2021. (Foto AP)
BRITAIN pada Isnin mengesahkan kematian pertama akibat varian baharu COVID-19, varian Omicron.
Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Boris Johnson ketika negara berkenaan melancarkan program suntikan penggalak untuk menghentikan penularan varian baharu itu.
Menurut Johnson, 40 peratus daripada kes COVID-19 di England adalah berpunca daripada varian Omicron.
Beliau turut menegaskan, langkah kecemasan akan dilaksanakan dalam masa terdekat, bagi mengelakkan tekanan ke atas sistem kesihatannya.
Ketika ini, semua individu dewasa bakal menerima dos penggalak menjelang hujung Disember.
Britain, salah satu negara paling terjejas dengan COVID-19, mencatat 146,000 kematian akibat COVID-19 tahun lepas.
Sementara itu, Setiausaha Kesihatan UK Sajid Javid menjangkakan kes kematian akibat varian Omicron meningkat mendadak dalam tempoh beberapa minggu akan datang.
Sehubungan itu, perkhidmatan kesihatan akan kembali diletakkan ke tahap persediaan kecemasan bagi berdepan situasi itu.
Beliau juga memaklumkan, proses suntikan dos penggalak akan dipercepat.
Setakat ini, Britain merekodkan 10 kes kemasukan ke hospital akibat varian Omicron.
Dalam pada itu, pemimpin pembangkang dari Parti Buruh, Keir Starmer, mendesak kerajaan supaya mempercepat proses pemberian dos penggalak vaksin COVID-19.
Starmer juga sedia memberi sokongan dalam pengundian di Parlimen, bagi mengembalikan peraturan dan sekatan ketat untuk mengelak penularan varian Omicron.
Topic Berkaitan
#Boris Johnson
#Britain
#varian omicron
#kematian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan