INISIATIF COVAX, yang digerakkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk memastikan pengedaran vaksin secara adil, akan distruktur semula.

Agensi berita Reuters melaporkan inisiatif itu sehingga kini tersasar daripada matlamat utamanya untuk mengedarkan 2 bilion dos vaksin menjelang hujung tahun ini.

Sehingga kini inisiatif COVAX boleh disifatkan belum mencapai objektif.

Inisiatif itu diancam dengan sikap tamak negara kaya dan kegagalan membantu negara-negara miskin.

Ia bagaimanapun menjangkakan bekalan meningkat menjelang awal 2022, dan sampai kepada negara yang memerlukan.

Pada awalnya, COVAX berfungsi sebagai gedung pembelian vaksin dunia dari pengeluar utama di negara membangun.

Ia kemudian diedarkan kepada negara yang paling terjejas.

Sehingga kini hanya sejumlah 90 juta vaksin diedarkan.

Pakatan vaksin global, Gavi, rakan pakatan bagi COVAX mendedahkan ketika negara kurang berkemampuan jadi pusat kemunculan varian baharu dan lebih bahaya, kurang daripada 1 peratus populasinya divaksinasi.

Penstrukturan semula COVAX bertujuan melindungi risiko kewangan, meningkatkan fokus membantu negara miskin, dan mengurangkan penglibatan negara miskin.

Negara kaya sebelum ini cenderung menggunakan sumber kewangan mereka sendiri untuk pembelian vaksin terus daripada pengeluar.

Amerika Syarikat, Jepun dan Kesatuan Eropah sehingga kini belum melaksanakan perkongsian vaksin dengan negara miskin, walaupun setelah WHO merayu agar bekalan vaksin berlebihan dikongsi.