awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Selangor, Tengku Permaisuri sampaikan ucapan Krismas
Kerajaan MADANI komited rapatkan jurang pembangunan Sabah, Sarawak
Banjir landa selatan Perancis susulan hujan lebat berterusan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Dunia perlu rebut peluang tamatkan wabak

Astro Awani
Astro Awani
15/09/2022
02:02 MYT
COVID-19: Dunia perlu rebut peluang tamatkan wabak
Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus memberi amaran jika tidak mengambil peluang untuk menamatkan wabak sekarang, dunia akan terus berdepan dengan risiko. - Foto fail/REUTERS
GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggesa dunia untuk rebut peluang menamatkan wabak COVID-19 selepas jumlah kes baharu dilaporkan semakin berkurangan secara mendadak.
Wabak, yang telah mengorbankan jutaan orang sejak dikenal pasti pada 2019, pada minggu lalu menurun ke paras paling rendah sejak Mac 2020.
Jelas Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, situasi ini menggambarkan perkembangan positif dan katanya penghujung wabak sudah di depan mata.
Jika tidak mengambil peluang untuk menamatkan wabak sekarang, dunia akan terus berdepan dengan risiko.
Ia termasuk risiko varian baharu serta lebih banyak kematian bakal dicatatkan.
Menurut laporan epidemiologi terkini WHO mengenai COVID-19, jumlah kes yang dilaporkan turun 28 peratus kepada 3.1 juta pada minggu berakhir 11 September.
Ia berikutan penururnan 12 peratus seminggu sebelumnya.
Namun agensi itu memaklumkan, penururnan jumlah kes yang dilaporkan adakala mengelirukan kerana banyak negara telah mengurangkan ujian dan mungkin tidak mengesan kes secara serius.
Pihaknya juga tidak menolak kemungkinan jumlah kes sebenar adalah lebih tinggi.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#WHO
#wabak
#Tedros Adhanom Ghebreyesus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan