awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Fauci saran India laksana perintah berkurung beberapa minggu

Astro Awani
Astro Awani
01/05/2021
23:35 MYT
COVID-19: Fauci saran India laksana perintah berkurung beberapa minggu
Upacara pembakaran mayat mangsa COVID-19 dilakukan di kawasan yang telah diubah menjadi krematorium di New Delhi, India, 24 April, 2021. (Foto AP)
INDIA seharusnya mengenakan perintah berkurung untuk beberapa minggu bagi meredakan kenaikan mendadak kes COVID-19 di negara itu.
Ketua Penasihat Pandemik Amerika Syarikat (AS) Anthony Fauci menegaskan, perkara utama yang perlu dipastikan dalam masa terdekat adalah untuk mendapatkan bekalan oksigen dan peralatan perubatan yang mencukupi.
Jelasnya, dasar untuk perintah darurat juga perlu dilaksanakan dalam usaha membendung wabak itu bagi memastikan penularan dapat dikurangkan.
"Yang paling penting dalam masa terdekat ini adalah untuk mendapatkan oksigen, bekalan, ubat-ubatan, PPE dan lain-lain keperluan seumpamanya," beliau dipetik berkata akhbar Indian Express pada Sabtu.
"Juga, tidak kurang pentingnya untuk segera dilakukan adalah, mengenakan perintah penutupan.
"Dan, jika kita tutup, kita tak perlu tutup hingga sampai enam bulan. Kita boleh kenakan penutupan sementara bagi menghentikan kitaran penularan.
"Tiada siapa suka negara ditutup. Tetapi jika ia hanya untuk beberapa minggu, kita mungkin boleh dapat kesan yang signifikan terhadap dinamika wabak itu," kata Fauci.
Terdahulu, kerajaan India yang dipimpin Narendra Modi menolak untuk mengenakan perintah berkurung.
Ia selepas perintah berkurung setahun yang lalu menyebabkan impak ekonomi yang buruk.
India mencatatkan lebih 400,000 kes jangkitan baharu pada Sabtu dan sebanyak tujuh juta kes jangkitan dalam bulan April.
Beberapa negeri telah mengenakan sekatan pergerakan dan larangan aktiviti terutama di wilayah barat iaitu Maharashtra dan New Delhi.
Ia turut menyaksikan perkhidmatan kesihatan negara itu berada pada tahap kritikal.
Topic Berkaitan
#Narendra Modi
#India
#New Delhi
#COVID-19
#Anthony Fauci
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan