awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
Semua tiket bas ekspres di TBS wajib ada kod QR, tidak perlu lagi tukar, cetak
Iran sedia untuk diplomasi, namun ada prinsip sendiri - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Hospital Korea Selatan guna fasiliti 'pondok telefon' jalankan pemeriksaan

Isabelle Leong
Isabelle Leong
16/03/2020
22:18 MYT
COVID-19: Hospital Korea Selatan guna fasiliti 'pondok telefon' jalankan pemeriksaan
Di Hospital Awam Yang Ji, beberapa pondok yang menyerupai pondok telefon dipasang di parkir kereta di mana orang yang bergejala boleh diuji untuk koronavirus berkenaan tanpa perlu bersentuhan dengan kakitangan perubatan. - Twitter / @QuickTake
Sebuah hospital di Seoul menggunakan fasiliti berbentuk “pondok telefon” bagi menjalankan pemeriksaan virus COVID-19.
Di Hospital Awam Yang Ji, beberapa pondok yang menyerupai pondok telefon dipasang di parkir kereta di mana orang yang bergejala boleh diuji untuk koronavirus berkenaan tanpa perlu bersentuhan dengan kakitangan perubatan.
Ia sekali gus meminimumkan kontak antara pesakit dan kakitangan perubatan.
Presiden Jabatan Onkologi dan Hematologi di Hospital Awam Yang Ji, Kim Sang-il berkata, pesakit hanya perlu masuk ke dalam pondok tersebut dan menjalankan pemeriksaan.
“Ia mudah. Pakar dan jururawat akan berdiri di luar pondok itu. Jadi, tiada kontak langsung antara pesakit dan kakitangan perubatan.
“Di dalam pondok tersebut, lampu UV akan beroperasi secara berterusan dan motor tekanan negatif yang kuat juga akan dipasang.
“Sejurus pesakit melakukan pemeriksaan virus, disinfeksi akan dilakukan ke atas pondok itu dan ia akan diudarakan bagi memberikan masa yang mencukupi sebelum pesakit seterusnya masuk ke pondok itu,” kata Sang-il.
Korea Selatan menyaksikan trend penurunan dalam kes jangkitan baharu, apabila pada Isnin hanya 74 kes dilaporkan dengan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 8,236, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea.
Topic Berkaitan
#bergejala
#COVID-19
#disinfeksi
#Hospital
#jangkitan
#kontak
#Korea Selatan
#koronavirus
#parkir kereta
#pemeriksaan
#pondok telefon
#tanpa sentuh
#telephone booth
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan