awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar AS didorong sentimen global bercampur-campur
Piala Malaysia: Masih ada 90 minit untuk Negeri Sembilan FC berjuang
SARA untuk Semua disalurkan hari ini, kategori barangan diperluas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: India kesan varian baharu dikenali sebagai Delta Plus

Hilmi Malik
Hilmi Malik
23/06/2021
05:54 MYT
COVID-19: India kesan varian baharu dikenali sebagai Delta Plus
Pakar Kesihatan Awam India berpendapat varian Delta Plus sangat mudah untuk berjangkit selain ia merebak dengan pantas. - AP
KUALA LUMPUR : Kerajaan India mengumumkan terdapat varian baharu COVID-19 yang dikenali sebagai Delta Plus kini telah menular di tiga negeri iaitu Maharashtra, Kerala dan Madhya Pradesh.
Menurut Kementerian Kesihatan India, varian berkenaan dikategorikan sebagai varian membimbangkan (VOC) selain turut mengarahkan agar saringan dipertingkat terhadap kawasan terlibat.
Setakat ini, terdapat 16 kes yang dikesan melibatkan tiga negeri berkenaan.
India pada Isnin telah mencatatkan rekod sebanyak 8.6 juta individu yang telah diberikan suntikan vaksin selepas pihaknya menawarkan vaksin secara percuma buat golongan dewasa.
Sementara itu, Pakar kesihatan awam di Maharashtra bimbang bahawa varian COVID-19 baharu itu berpotensi mencetuskan gelombang ketiga di India.
Ini berikutan varian Delta Plus dianggap sangat pantas merebak dan mudah untk berjangkit.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#vaksin
#varian baharu
#India
#Delta plus
#jangkitan
#kesihatan
#gelombang ketiga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan