awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Indonesia berdepan gelombang berpunca dari varian delta, kluster perayaan

Agensi
Agensi
18/06/2021
15:03 MYT
COVID-19: Indonesia berdepan gelombang berpunca dari varian delta, kluster perayaan
Di Bandar Jakarta sahaja, sejumlah 4,144 kes dikesan dan itu adalah rekod paling tinggi sejak wabak itu dikesan. - Reuters
JAKARTA: Rakyat Indonesia berdepan dengan satu lagi gelombang besar wabak COVID-19.
Meskipun kemunculan varian delta turut menjadi pembawa virus tersebut, pakar kesihatan mendakwa itu bukan menjadi punca utama kenaikan kes di republik berkenaan.
Para pakar kesihatan menegaskan, lonjakan itu adalah lebih banyak berpunca daripada aktiviti perjalanan pulang ke kampung sewaktu musim perayaan aidilfitri beberapa minggu lalu.
Meskipun larangan telah dikuatkuasakan, rakyat Indonesia tetap berdegil sehingga kira-kira lima ke enam juta penduduk masih melakukan perjalanan pulang ke kampung.
Pada Khamis, Indonesia merekodkan kes harian tertinggi sejak Februari lalu iaitu sejumlah 12,624 kes COVID-19.
Di Bandar Jakarta sahaja, sejumlah 4,144 kes dicatat dan itu adalah rekod paling tinggi sejak wabak itu dikesan.
Ia membawa jumlah keseluruhan kes di negara populasi keempat terbesar dunia itu kepada 1.95 juta kes.
Sementara itu, Bank Dunia pada minggu ini telah meluluskan dua pinjaman berjumlah AS$1.3 bilion untuk Indonesia sebagai menyokong pelan tindak balas COVID-19 langkah pemulihan ekonominya.
Pinjaman bernilai AS$500 juta juga sebelumnya telah diluluskan pada Khamis untuk membiayai kempen vaksinasi percuma Indonesia dan memperluas kemudahan fasiliti kesihatan dan ujian saringan COVID-19.
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#Indonesia
#Jakarta
#COVID-19
#ujian saringan
#kluster perayaan
#AS
#Varian Delta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan