awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Indonesia lanjut sekatan pergerakan di beberapa wilayah

Astro Awani
Astro Awani
10/08/2021
01:06 MYT
COVID-19: Indonesia lanjut sekatan pergerakan di beberapa wilayah
Jalan utama kelihatan sepi susulan pelaksanaan sekatan sosial skala besar oleh kerajaan bagi mengekang penularan COVID-19 di Jakarta, 3 Julai, 2021. REUTERS
INDONESIA melanjutkan sekatan pergerakan untuk membendung COVID-19 di pulau-pulau Jawa dan Bali sehingga 16 Ogos.
Bagaimanapun, sekatan pergerakan di 26 daerah lain akan dilonggarkan susulan jumlah jangkitan menurun di Jakarta.
Pihak berkuasa Indonesia mengehadkan pergerakan untuk membendung varian Delta yang sangat menular di Jawa dan Bali pada awal Julai.
Sekatan kemudian diperluas ke daerah yang mempunyai kadar jangkitan tinggi.
Menteri kabinet di Jawa dan Bali, Luhut Pandjaitan, meminta rakyatnya agar jangan terleka.
Katanya, kompleks membeli-belah akan dibuka semula dengan kapasiti 25 peratus bagi individu yang telah divaksin kecuali kanak-kanak dan warga emas.
Sementara itu, Menteri Kesihatan Budi Gunadi berkata, status vaksinasi rakyat akan menentukan protokol kesihatan mana yang harus mereka patuhi dalam sektor seperti pelancongan dan pendidikan, serta sama ada mereka perlu memakai pelitup muka atau tidak.
Sekatan di luar Jawa dan Bali akan dilanjutkan sehingga 23 Ogos susulan peningkatan kes 1.2 peratus.
Di Jakarta, kemasukan ke hospital mencatatkan penurunan kepada 39 peratus daripada 90 peratus pada awal Julai.
Kementerian Kesihatan bagaimanapun mendedahkan kemasukan ke hospital direkodkan di Gorontalo, Sulawesi melebihi 90 peratus, manakala di Pulau Sumatera melebihi 80 peratus.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Kanak-kanak
#Bali
#Indonesia
#Jakarta
#jangkitan
#pendidikan
#pelitup muka
#warga emas
#pelancongan
#kabinet
#Kementerian Kesihatan
#sekatan
#jawa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan