awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jeti baharu tingkat pendapatan nelayan hingga 20 peratus di Kg Jilid 8
JAS kenal pasti premis berpotensi punca air hitam di kolam tadahan Bukit Rambai
Anak Muammar Gaddafi maut ditembak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Itali kenakan larangan aktiviti kepada individu tidak vaksin

Astro Awani
Astro Awani
25/11/2021
00:36 MYT
COVID-19: Itali kenakan larangan aktiviti kepada individu tidak vaksin
Negara itu telah memberi vaksin sepenuhnya kepada lebih 84 peratus daripada penduduknya yang berusia 12 tahun ke atas. - Foto fail/REUTERS
ROM: Itali mengenakan larangan beberapa aktiviti kepada invididu tidak mengambil vaksin COVID-19 dalam usaha membendung peningkatan jangkitan dan mengelakkan penutupan semula sektor ekonomi.
Berkuatkuasa 6 Disember, hanya individu yang mempunyai bukti vaksinasi atau pulih daripada COVID-19 dibenarkan makan di restoran tertutup dan menonton wayang atau menyertai acara sukan.
Arahan baharu kerajaan juga mewajibkan vaksinasi untuk penguatkuasa undang-undang, tentera dan semua pekerja sekolah.
Perdana Menteri Mario Draghi berkata langkah itu perlu untuk mengelakkan peningkatan jangkitan.
Pada masa sama ia bertujuan mengekalkan keuntungan yang dicapai Itali dalam memulihkan ekonomi ketiga terbesar Kesatuan Eropah (EU).
Itali menyaksikan peningkatan jangkitan tetapi merekodkan sekitar 10,000 kes baharu dan kurang daripada 100 kematian sehari.
Negara itu telah memberi vaksin sepenuhnya kepada lebih 84 peratus daripada penduduknya yang berusia 12 tahun ke atas.
Matlamat langkah baharu itu adalah untuk menghalang penutupan menyeluruh seperti perintah berkurung daripada kembali semula.
Arahan baharu itu akan membenarkan restoran dan tempat lain untuk terus dibuka walaupun kes meningkat dan hospital penuh, tetapi hanya kepada mereka yang mempunyai bukti vaksinasi atau telah pulih daripada COVID-19.
Arahan itu menyeru pihak berkuasa tempatan untuk merangka kawalan yang dipertingkatkan dan melaporkan setiap minggu kepada Kementerian Dalam Negeri tentang bagaimana mereka akan menguatkuasakan langkah baharu itu.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#vaksin
#sekatan
#peningkatan kes
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan