awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Itali sekali lagi ketatkan sekatan kekang virus

Astro Awani
Astro Awani
23/12/2021
23:55 MYT
COVID-19: Itali sekali lagi ketatkan sekatan kekang virus
Orang ramai beratur di luar sebuah farmasi untuk mengambil ujian saringan COVID-19 di Milan, Itali, 23 Dis 2021. (Foto AP)
ITALI sekali lagi mengetatkan sekatan bagi mengekang penularan COVID-19, termasuk tidak membenarkan individu tidak divaksinasi daripada berada di lebih banyak ruang awam.
Ia susulan negara itu merekodkan angka tertinggi jangkitan koronavirus harian pada Khamis, iaitu sebanyak 44,595 kes.
Menteri Kesihatan Roberto Speranza menerusi sidang media di Rom pada hari sama memberi amaran, varian baharu itu berupaya merebak lebih cepat daripada yang lain dan menyeru rakyat Itali mendapatkan vaksin.
Di bawah peraturan baharu yang diumumkan berkuat kuasa di seluruh negara, pelitup muka wajib dipakai di luar rumah.
Sementara itu, hanya pelitup muka FFP2 - yang mempunyai lebih perlindungan - boleh dipakai di dalam pengangkutan awam, di pawagam, teater dan stadium.
Sambutan tahun baru di luar rumah diharamkan dan kelab malam akan ditutup sehingga 31 Jan.
Seterusnya, individu yang tidak divaksinasi tidak dibenarkan ke restoran, muzium dan melakukan aktiviti tertutup yang lain.
Itali dalam tempoh 24 jam terakhir merekodkan hampir 44,600 kes baharu COVID-19, jumlah kes baharu tertinggi, dengan 168 kematian.
Jangkitan varian Omicron mewakili hampir satu pertiga daripada kes baharu.
Penyelaras Jawatankuasa Saintifik Dan Teknikal Itali Franco Locatelli memberi amaran bahawa Omicron boleh menjadi lima kali lebih berjangkit daripada Delta.
Bagaimanapun, beliau menambah, suntikan dos penggalak vaksin COVID-19 mampu memberi perlindungan ketara daripada risiko mendapat penyakit serius.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#varian omicron
#Itali
#sekat individu tidak divaksinasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan