awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Jepun sediakan katil, dos penggalak menjelang musim sejuk

Astro Awani
Astro Awani
15/11/2021
02:16 MYT
COVID-19: Jepun sediakan katil, dos penggalak menjelang musim sejuk
Seorang doktor membuka langsir di Unit Rawatan Rapi sebuah hospital yang menempatkan pesakit COVID-19 di Tokyo. - Foto REUTERS
TOKYO: Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida menggariskan pelan segera untuk menambah katil hospital dan sumber perubatan sebagai persediaan menghadapi kemungkinan peningkatan semula jangkitan COVID-19 pada musim sejuk ini.
Selepas gelombang jangkitan kelima yang mencatatkan kematian tinggi semasa musim panas, kadar jangkitan dan kematian turun mendadak apabila vaksinasi meliputi lebih daripada 70 peratus penduduk.
Langkah kecemasan yang meliputi kebanyakan negara telah ditarik balik bulan lalu, tetapi pakar kesihatan memberi amaran bahawa kes mungkin akan meningkat semuka seperti yang berlaku di Jepun pada musim sejuk lalu.
Sebelum itu, kerajaan merancang untuk meningkatkan kapasiti katil hospital sebanyak kira-kira 30 peratus, meningkatkan persiapan rumah jagaan dan mengumpul data untuk meramalkan hospital mana yang akan mengalami tekanan.
Kata Kishida, sejajar dengan pengukuhan sistem perubatan, menggunakan sistem it mulai Disember untuk mendedahkan bilangan katil dan keadaan di setiap hospital.
Jepun akan membayar kira-kira AS$1.2 bilion untuk 1.6 juta pil antiviral COVID-19 Molnupiravir yang dibangunkan oleh syarikat farmaseutikal Merck dan Ridgeback Biotherapeutics.
Sementara itu, suntikan penggalak vaksin akan bermula bulan depan.
Kerajaan juga sedang mempertimbangkan untuk memperluaskan inokulasi kepada kanak-kanak seawal usia lima tahun.
Jepun mendepani pandemik itu lebih baik daripada banyak negara, dengan hanya lebih 18,000 kematian setakat ini dan tanpa mengenakan sekatan yang ketat.
Tetapi kerajaan menghadapi kritikan mengenai siri kematian di rumah dalam kalangan pesakit kerana ketidakupayaan hospital untuk menangani kes semasa musim panas.
Bekas Perdana Menteri, Yoshihide Suga meletak jawatan pada September lalu susulan kritikan terhadap beliau mengendalikan krisis itu.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#vaksin
#dos penggalak
#Hospital
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan