BERLIN: Canselor Jerman, Angela Merkel berpendapat kekurangan vaksin COVID-19 di seluruh dunia tidak akan dapat diselesaikan dengan cadangan Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden mengenai pengecualian hak paten.

Menurut Merkel, langkah melindungi paten perlu bagi membantu syarikat dengan "kreativiti dan kemampuan untuk berinovasi".

"Saya ingin perjelaskan di sini yang saya tidak percaya bahawa dengan melepaskan hak paten satu penyelesaian bagi menyediakan vaksin kepada lebih ramai penerima.

"Sebaliknya, saya percaya kita perlukan kreativiti dan kebolehan untuk menginovasi syarikat, dan bagi saya, perlindungan hak paten adalah sebahagian daripadanya," kata Merkel.

Kenyataannya menyusul pertemuan secara maya dengan pemimpin kesatuan Eropah (EU) yang berlangsung di Portugal.

Biden sebelum ini mengesyorkan untuk mengetepikan hak harta intelektual untuk suntikan koronavirus, satu tindakan yang diterima oleh banyak organisasi perkhidmatan amal di seluruh dunia.

Bagaimanapun, para pegawai mengakui ia akan memerlukan sekurang-kurangnya setahun untuk setiap vaksin tambahan yang dihasilkan.

Ini kerana perubahan tersebut dan para pemimpin EU secara tegas menentangnya.

Dalam pada itu, Merkel juga menekankan bahawa pemegang paten seperti BioNTech sedang berusaha untuk mengeluarkan lesen kepada pengeluar yang berkemampuan, tetapi pada masa kawalan kualiti turut dititikberatkan.