awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Roblox wajibkan pengesahan umur untuk akses ciri Chat
Ratusan ribu sertai perarakan Black Nazarene di Filipina
Kematian Zara Qairina buka mata aspek keselamatan, hanya 28 peratus CCTV sekolah berfungsi - Fadhlina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kematian di Eropah boleh cecah 2.2 juta menjelang Mac - WHO

Astro Awani
Astro Awani
24/11/2021
00:24 MYT
COVID-19: Kematian di Eropah boleh cecah 2.2 juta menjelang Mac - WHO
Seorang petugas kesihatan berdiri berhampiran ambulans yang membawa pesakit COVID-19, sambil menunggu giliran untuk dibawa masuk ke hospital di Kyiv, Ukraine, 18 Okt 2021. - Gambar fail REUTERS
PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran 700,000 lagi kematian dijangka direkodkan di Eropah akibat COVID-19 menjelang Mac, menjadikan jumlah keseluruhan yang maut kini mencecah 2.2 juta.
Justeru, agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) itu menggesa orang ramai untuk mendapatkan vaksin dan suntikan dos penggalak.
Jumlah kematian kumulatif di 53 negara di wilayah WHO Eropah kini melepasi 1.5 juta, susulan kadar harian meningkat dua kali ganda dari akhir September, kepada 4,200 sehari.
Wilayah WHO Eropah juga termasuk Rusia dan bekas Republik Soviet yang lain, serta Turki.
HOWO berkata, kematian terkumpul yang dilaporkan diunjurkan mencecah lebih 2.2 juta menjelang musim bunga tahun depan, berdasarkan trend semasa.
Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital dijangka berdepan tekanan tinggi atau melampau di 49 daripada 53 negara menjelang 1 Mac.
Perancis, Sepanyol dan Hungary adalah antara negara yang dijangka mengalami tekanan melampau dalam penggunaan ICU pada awal 2022, menurut data yang dipetik oleh WHO Eropah.
Belanda mula membawa pesakit COVID-19 merentasi sempadan ke Jerman pada Selasa apabila tekanan meningkat ke atas hospital dan jangkitan melonjak ke paras rekod.
Austria pula mengenakan sekatan perintah berkurung mulai Isnin lalu.
WHO berkata bilangan individu tidak divaksin yang tinggi serta perlindungan vaksin yang berkurang adalah antara faktor yang mencetuskan penularan tinggi di Eropah di samping penguasaan varian Delta dan kelonggaran langkah-langkah kebersihan.
Pengarah WHO Eropah Hans Kluge menggesa orang ramai untuk mendapatkan vaksin dan juga mendapatkan dos penggalak "jika ditawarkan".
Topic Berkaitan
#COVID-19
#vaksin
#eropah
#WHO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan