awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
1,189 kematian akibat banjir Sumatera direkodkan setakat 12 Januari - BPNB
Negeri Sembilan mampu tingkat pelaburan cecah RM8 bilion tahun ini - Aminuddin
MAG akan kendali lebih 2,400 penerbangan sempena perayaan Tahun Baharu Cina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kes positif global 281 juta, angka korban 5.4 juta

Astro Awani
Astro Awani
28/12/2021
01:23 MYT
COVID-19: Kes positif global 281 juta, angka korban 5.4 juta
Seorang wanita melalui sebatang jalan yang lengang susulan penutupan restoran dan bar di Frankfurt, Jerman, 27 Dis, menjelang pelaksanaan sekatan baru mulai 28 Dis 2021 susulan penularan COVID-19. (Foto AP)
JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia ketika ini menghampiri 281 juta.
Ini berikutan lebih ratusan ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan bilangan kes COVID-19 global kini mencecah 280,848,168.
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 52.5 juta kes.
Ini diikuti India dengan lebih 34.7 juta kes dan Brazil dengan lebih 22.2 juta kes.
United Kingdom mencatat 12 juta kes, manakala Rusia lebih 10 juta sementara Turki dan Perancis kini mencatat lebih 9 juta kes.
Argentina, Sepanyol dan Colombia melebihi 5 juta kes.
Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka tertinggi kes COVID-19 dengan melebihi 4.2 juta kes.
Ini diikuti Filipina dengan lebih 2.8 juta, Malaysia lebih 2.7 juta kes, Thailand 2.2 juta kes, manakala Singapura merekodkan lebih 278,000 kes.
Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia kini melebihi 5.4 juta.
Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 817,396 kes.
Ini diikuti Brazil dengan 618,732 kes, India 479,997 kes, Rusia 299,077 kes manakala Mexico 298,777 kes.
United Kingdom, Itali, Perancis dan Jerman pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.
Negara yang merekodkan angka korban melebihi 89,000 kes ialah Sepanyol.
Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 144,000 kes korban.
Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 51,000 diikuti Malaysia dengan 31,000 kes, manakala Thailand dengan lebih 21,000 angka korban.
Topic Berkaitan
#angka korban
#jumlah kematian
#Johns Hopkins University
#kes positif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan