awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Pemerkasaan tahfiz bina huffaz profesional seimbang - Ahmad Zahid
Penulis blog Murray Hunter mohon maaf, tarik balik artikel berunsur fitnah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kes positif seluruh dunia 249.8 juta, korban 5.04 juta

Astro Awani
Astro Awani
07/11/2021
23:00 MYT
COVID-19: Kes positif seluruh dunia 249.8 juta, korban 5.04 juta
Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi akibat COVID-19 iaitu sebanyak 754,395 kes.
JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia ketika ini berjumlah 249,826,779.
Ia berikutan lebih 400,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.
Data Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling terjejas dengan 46,482,837 kes.
Ini diikuti India dengan 34,355,509 kes dan Brazil dengan 21,874,324 kes.
United Kingdom kini catat 9,346,958 kes, manakala Rusia dan Turki turut memasuki kumpulan negara yang mencatat lebih 8 juta kes.
Perancis pula mencatatkan lebih 7 juta kes.
Argentina, Sepanyol dan Colombia merekodkan kes positif melebihi 5 juta.
Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka tertinggi kes COVID-19 dengan 4,247,721 kes.
Ini diikuti dengan Filipina dengan 2,803,213, Malaysia 2,506,309 kes dan Thailand dengan 1,967,999 kes.
Manakala Singapura merekodkan 218,333 kes.
Sementara itu, angka kematian global akibat COVID-19 pula kini mencecah 5,048,445 kes.
Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 754,395 kes.
Ini diikuti Brazil dengan 609,388 kes, India 460,791 kes dan Mexico dengan 289,674 kes.
Sementara Rusia kini catat 242,241 kematian.
United Kingdom, Itali dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.
Negara yang merekodkan angka korban melebihi 96,000 kes adalah Jerman sementara Sepanyol melebihi 87,000 kes.
Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan 143,545 kes korban.
Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan 44,430 diikuti Malaysia dengan 29,291 kes.
Manakala Thailand dengan 19,664 angka korban.
Topic Berkaitan
#Johns Hopkins University
#angka korban
#jumlah kematian
#kes positif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan