Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 13 Januari 2026.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 13 Januari 2026.
Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah menzahirkan kebimbangan terhadap sebahagian umat Islam yang disifatkan seolah-olah kehilangan kompas kehidupan, terperangkap dalam gelombang kebendaan, gilakan jawatan dan mabuk dengan kuasa.
Kerajaan Negeri Selangor akan melaksanakan langkah menutup operasi penternakan babi secara tradisional di negeri itu secepat mungkin dan digantikan konsep moden bagi mengatasi masalah pencemaran yang berlarutan.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya jika penganjur aktiviti 'Glamping With Pride' bertema songsang di Hulu Langat tetap mencabar arahan yang telah dikeluarkan.
Jabatan Agama Islam Melaka sedang menyiasat dakwaan sebuah hotel butik di negeri itu yang berkonsepkan ‘gay friendly’ seperti ditularkan di media sosial sejak semalam.
Pas sedia mengemudi Perikatan Nasional susulan Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu menerima hasrat Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk berundur daripada jawatan Pengerusi gabungan itu.
Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan hari ini diperintah membayar ganti rugi sebanyak RM250,000 kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh dalam satu kes saman fitnah.
7. Letupan di universiti swasta: Polis klasifikasi kematian pekerja kontraktor sebagai mati mengejut
Polis mengklasifikasikan kematian seorang pekerja kontraktor dalam insiden letupan di sebuah universiti swasta di Bukit Damansara sebagai mati mengejut (SDR).
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini gagal dalam rayuannya untuk menghidupkan semula saman RM1.9 juta yang difailkan beliau terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas.
Kerajaan Negeri Sarawak menyerahkan kepada mahkamah untuk menentukan permohonan Petronas mengenai kerangka kawal selia bagi operasi petroleum di Sarawak, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Organisasi Jejaka yang menganjurkan ‘Glamping with Pride’ mengambil keputusan tidak meneruskan program atas faktor keselamatan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


