awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SAR lelaki hilang ketika memancing dihentikan
COP30: TNB pengupaya utama pacu kerjasama tenaga menerusi Grid Kuasa ASEAN
Malaysia raih pelaburan digital diluluskan RM54.13 bilion pada suku ketiga 2025 - MDEC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kes positif seluruh dunia lebih 225.6 juta, korban 4.64 juta

Astro Awani
Astro Awani
14/09/2021
22:21 MYT
COVID-19: Kes positif seluruh dunia lebih 225.6 juta, korban 4.64 juta
Angka kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia kini melebihi 4.64 juta. -Gambar fail
JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia ketika ini melebihi 225.6 juta.
Ini berikutan lebih 1 juta kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan 41.3 juta kes.
Ini diikuti India dengan lebih 33 juta kes dan Brazil dengan lebih 21 juta kes.
United Kingdom, Rusia dan Perancis antara negara yang mencatatkan lebih 7 juta kes, manakala Turki merekodkan lebih 6 juta kes.
Argentina melebihi 5 juta manakala Colombia dan Sepanyol pula mencatat kes melebihi 4 juta.
Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka tertinggi kes COVID-19 dengan melebihi 4.1 juta kes.
Ini diikuti dengan Filipina dengan lebih 2.2 juta, Malaysia lebih 2 juta kes, Thailand dengan 1.4 juta kes, manakala Singapura merekodkan lebih 73,000 kes.
Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini melebihi 4.64 juta.
Berdasarkan data Johns Hopkins University, AS kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 663,000 kes.
Ini diikuti Brazil dengan lebih 587,000 kes, India lebih 443,000 kes, Mexico lebih 267,000 kes, sementara United Kingdom catat lebih 134,000 kematian.
Rusia, Itali dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.
Negara yang merekodkan angka korban melebihi 92,000 kes ialah Jerman sementara Sepanyol melebihi 85,000 kes.
Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 139,000 kes korban.
Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 35,000 diikuti Malaysia dengan 21,000 kes, manakala Thailand dengan lebih 14,000 angka korban.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#angka korban
#Johns Hopkins University
#kes positif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan