awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kongres lulus pakej rangsangan ASD1.9 trilion

Astro Awani
Astro Awani
10/03/2021
23:54 MYT
COVID-19: Kongres lulus pakej rangsangan ASD1.9 trilion
Nancy Pelosi (kiri) diiringi Ketua Majoriti Senat Chuck Schumer bercakap mengenai pelan rangsangan COVID-19 yang diluluskan di Capitol Hill, Washington, 10 Mac, 2021. REUTERS
KONGRES Amerika Syarikat (AS) meluluskan pelan rangsangan COVID-19 bernilai ASD1.9 trilion pada Rabu.
Kelulusan ini dianggap kemenangan moral buat Presiden Joe Biden dan Demokrat.
Ia juga permulaan bagi menguruskan perbelanjaan dalam menangani pandemik dan ekonomi di negara itu.
Dewan Perwakilan memberikan persetujuan terakhir dari Jawatankuasa Kongres dengan 220 undi menyokong mengatasi 211 yang menentang.
"Dalam undian ini, yang bersetuju adalah 220. Manakala yang tidak bersetuju adalah 211. Usul itu diterima," kata Speaker Dewan Perwakilan AS Nancy Pelosi.
Perkembangan ini berlaku tujuh minggu selepas Biden memasuki White House dan empat hari selepas Senat meluluskan rang undang-undang itu tanpa satu pun undi Republik.
Sebelum ini, Biden menyifatkan pakej bantuan COVID-19 bernilai ASD1.9 trilion itu pada landasan yang betul dan menjadi sebahagian daripada undang-undang.
Walaupun jumlahnya sangat besar, ia adalah langkah berani dan jawapan sebenar kepada krisis yang dihadapi ketika ini.
Biden turut menjelaskan bahawa ia adalah rancangan baik untuk ekonomi dan bukan sahaja menyelesaikan krisis ketika ini, tetapi merupakan pelan jangka panjang ekonomi dan kesihatan rakyat negara ini.
Topic Berkaitan
#White House
#COVID-19
#undang-undang
#pandemik
#Joe Biden
#ekonomi
#kesihatan
#rakyat
#AS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan