awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
KKM: Kes Tibi meningkat, 2,571 kes direkodkan minggu kelima 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Korea Selatan catat 800 kes harian, tertinggi sejak Januari

Reuters
Reuters
02/07/2021
04:00 MYT
COVID-19: Korea Selatan catat 800 kes harian, tertinggi sejak Januari
Lebih 80 peratus daripada kes baharu COVID-19 direkodkan di Seoul selama tiga hari berturut-turut, disebabkan jangkitan kluster restoran dan institusi pendidikan swasta. - Gambar fail
JUMLAH kes jangkitan harian COVID-19 di Korea Selatan meningkat kepada lebih 800 pada Khamis, yang tertinggi sejak 7 Januari lalu.
Angka itu disebabkan oleh jangkitan kluster baharu dan penularan varian Delta yang cepat tersebar.
Menurut Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KDCA), 826 kes dilaporkan pada Khamis, meningkat dari 762 kes pada hari sebelumnya.
Kerajaan melonggarkan langkah-langkah penjarakan fizikal bermula bulan ini, susulan negara itu merekodkan jumlah kes harian sekitar 500 beberapa bulan terakhir ini dan proses vaksinasi yang dipercepat.
Namun, hanya beberapa hari sebelum kelonggaran sekatan berkuat kuasa, jumlah kes meningkat kepada 600 dan kemudiannya 800 minggu ini, terutama disebabkan kluster baharu di Seoul dan wilayah sekitarnya.
Ia menyebabkan pihak berkuasa membuat keputusan menangguhkan langkah-langkah melonggarkan sekatan selama seminggu, iaitu kepada 7 Julai.
Menteri Dalam Negeri dan Keselamatan Jeon Hae-cheol berkata, lebih 80 peratus daripada kes baharu direkodkan di Seoul selama tiga hari berturut-turut, disebabkan jangkitan kluster restoran dan institusi pendidikan swasta.
"Kami sangat bimbang virus itu akan tersebar lebih jauh kerana terdapat tanda-tanda peningkatan aktiviti luar di kalangan orang ramai dan peningkatan jumlah kes varian Delta yang sangat mudah menular," katanya.
Topic Berkaitan
#Korea Selatan
#virus
#koronavirus
#jangkitan
#Varian Delta
#vaksinasi
#Seoul
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan