awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Senyap tetapi berimpak, fungsi berterusan universiti memperkasa komuniti
Mengenang Madeline: Hilangnya 'permata' Sarawak yang luar biasa
Stadium Nasional Bukit Jalil dapat penarafan cemerlang daripada FIFA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Lebih 100 juta vaksin sudah diedarkan seluruh dunia

Astro Awani
Astro Awani
03/02/2021
00:31 MYT
COVID-19: Lebih 100 juta vaksin sudah diedarkan seluruh dunia
Ketika ini terdapat tujuh pengeluar vaksin di seluruh dunia dengan masing-masing menyarankan pengambilan sebanyak dua dos. - Foto AP
LEBIH 100 juta vaksin sudah diedarkan di seluruh dunia.
Namun jumlah berkenaan mendedahkan, masih ada 29 negara miskin lagi belum menjalankan program vaksinasinya berbanding negara berpendapatan tinggi lain.
Israel kini mendahulu dengan 37 peratus populasinya menerima dos pertama vaksin - manakala 20 peratus sudah menerima dos kedua.
Negara lain yang rancak menjalankan program vaksinasi adalah negara di Amerika Utara, Eropah dan negara Teluk Arab.
United Kingdom (UK) pula mendahului dengan jumlah per kapita dengan 13.7 peratus populasinya.
Kesatuan Eropah (EU) pula ketika ini berdepan konflik bersama AstraZeneca berikutan akses, dengan hanya 12.7 juta dos sudah diberikan.
China pula telah memberikan 24 juta suntikan manakala India hanya empat juta sudah diberikan berbanding jumlah populasinya yang cecah bilion.
Ketika ini terdapat tujuh pengeluar vaksin di seluruh dunia dengan masing-masing menyarankan pengambilan sebanyak dua dos.
Vaksin Pfizer-BioNTtech dan Moderna banyak digunakan di Amerika Utara, Eropah, Israel dan negara Teluk.
Vaksin AstraZeneca pula banyak digunakan di UK, India, Myanmar, Sri Lanka dan Maghribi.
India pula menggunakan vaksin keluaran tempatan yang dihasilkan Bharat Biotech.
Manakala vaksin Rusia, Sputnik V diedarkan di Rusia, Argentina, Algeria, Belarus dan Serbia.
Vaksin China, Sinopharm pula giat digunakan China, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Serbia dan bagi Sinovac digunakan oleh Indonesia dan Turki.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#vaksin
#Dunia
#AstraZeneca
#Pfizer
#BioNTech
#Sputnik V
#Sinopharm
#Sinovac
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan