awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Pembatasan sosial lebih ketat di Jakarta bermula Jumaat

Bernama
Bernama
10/04/2020
04:24 MYT
COVID-19: Pembatasan sosial lebih ketat di Jakarta bermula Jumaat
Penduduk sebuah kawasan perumahan golongan berpendapatan rendah melarang orang luar masuk ke kawasan itu bagi mengekang penularan COVID-19. Gambar fail/ AP.
Perintah pembatasan sosial berskala besar (PSBB) di Kota Jakarta diperketatkan lagi bermula Jumaat sehingga 23 April, bagi mengekang pandemik COVID-19.
Antara arahan baharu berkaitan PSBB itu ialah penunggang motosikal perkhidmatan pengangkutan dalam talian seperti Gojek dan Grab, tidak lagi dibenarkan membawa penumpang.
Tiada angka tepat, namun dianggarkan terdapat lebih 1.2 juta pemandu perkhidmatan pengangkutan dalam talian di Jakarta dan kota sekitarnya, dan bermula hari ini mereka hanya boleh menjalankan perkhidmatan penghantaran barang atau makanan sahaja.
Gabenor Jakarta, Anies Baswedan dalam satu kenyataan berkata, bermula Jumaat juga, pengangkutan awam dan persendirian dibataskan jumlah penumpang tidak melebihi 50 peratus daripada kapasiti jumlah penumpang kenderaan itu.
Orang ramai juga tidak lagi dibenarkan makan atau minum di restoran atau kedai makan, dan mereka hanya dibenarkan membungkus makanan sahaja.
Mereka yang berada di luar rumah juga diwajibkan memakai penutup mulut dan hidung, manakala penunggang motosikal persendirian atau perkhidmatan pengangkutan dalam talian, diwajibkan juga memakai sarung tangan.
Mereka yang ingkar arahan berkenaan boleh dikenakan denda maksimum Rp100 juta (hampir RM30,000) dan hukuman penjara maksimum satu tahun.
Kes kematian akibat pandemik COVID-19 di Indonesia setakat semalam meningkat kepada 280 kes, dengan jumlah tertinggi kematian berlaku di Jakarta iaitu 142 kes.
Meskipun tiada larangan keluar rumah, Kota Jakarta serta kota-kota berhampirannya yang berpenduduk lebih 30 juta orang itu "sepi" sejak 16 Mac lepas.
Ia berikutan beberapa langkah secara berperingkat-peringkat dilaksanakan seperti penutupan sekolah, tempat ibadat, pusat pelancongan, pusat hiburan serta arahan bekerja dari rumah bagi sektor tidak kritikal, larangan berhimpun, pembatasan penggunaan pengangkutan awam, selain kempen "duduk di rumah". - BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Indonesia
#Jakarta
#jakarta sepi
#koronavirus
#larangan pergerakan
#pelancongan
#pembatasan sosial
#sekolah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan