awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Penghormatan terakhir buat mangsa wabak di Jerman

Astro Awani
Astro Awani
19/04/2021
01:24 MYT
COVID-19: Penghormatan terakhir buat mangsa wabak di Jerman
Frank-Walter Steinmeier bercakap pada majlis memperingati mangsa wabak COVID-19 di Berlin, Jerman, 18 Apr, 2021. REUTERS
JERMAN memberikan penghormatan terakhir buat hampir 80,000 mangsa yang maut akibat COVID-19.
Presiden Frank-Walter Steinmeier mempengerusikan memorial tersebut yang turut dihadiri Canselor, Angela Merkel.
“Hari ini sebagai sebuah kumpulan masyarakat, kita ingin memperingati mangsa yang terkorban pada waktu yang sukar ini. 80,000 orang menjadi mangsa akibat virus ini di negara ini setakat ini.
“Tetapi pada pandangan saya, kita sebagai masyarkat tidak memberikan perhatian penuh terhadap jumlah mangsa yang terkorban ini.
"Mereka terseksa dan kematian mereka masih lagi tidak menjadi perhatian umum,” kata Steinmeier.
Malah, jelasnya lagi, walaupun memahami keadaan berdepan memerangi pandemik itu, rakyat negara itu tidak sepatutnya alpa kepada mangsa yang terkorban serta ahli keluarga mereka.
Untuk rekod, Jerman merekodkan 79,914 kematian akibat COVID-19 pada Ahad selepas mencatatkan 67 kematian baharu pada Ahad.
Jerman merupakan negara kelima paling teruk terjejas akibat COVID-19 dalam kalangan negara Eropah selepas United Kingdom, Itali, Rusia dan Perancis.
Pada gelombang pertama, Jerman mencatatkan kadar kematian rendah namun mencatatkan peningkatan drastik pada musim luruh dan sejuk.
Topic Berkaitan
#Angela Merkel
#COVID-19
#Jerman
#mangsa
#maut
#United Kingdom
#Britain
#Europe
#Rusia
#Itali
#keluarga
#rakyat
#pandemik
#Frank-Walter Steinmeier
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan