SINGAPURA: Pesakit COVID-19 yang tidak divaksinasi atas pilihan sendiri perlu menanggung kos perubatan apabila dimasukkan ke hospital atau mendapatkan rawatan disediakan bermula 8 Disember depan.
Pengumuman itu dibuat Kementerian Kesihatan (MOH) pada Isnin selepas majoriti golongan tersebut kini memerlukan rawatan intensif yang turut memberi tekanan besar kepada sistem penjagaan kesihatan setelah lonjakan luar biasa kes jangkitan sejak beberapa minggu lalu.
“Peraturan baharu itu akan berkuat kuasa terhadap pesakit COVID-19 yang layak mendapat vaksinasi, namun memilih untuk tidak berbuat demikian,” ujar kementerian itu lagi.
Difahamkan, kos perubatan individu yang belum menerima dos lengkap masih akan ditanggung oleh pemerintah sehingga 31 Disember depan.
Di bawah peraturan baharu itu, pemerintah juga hanya akan menanggung sepenuhnya kos perubatan rakyat tempatan, penduduk tetap dan pemegang pas jangka panjang yang sudah menerima dos lengkap serta tidak melakukan perjalanan ke luar negara bermula 1 Januari 2022.
“Pendekatan khas ini akan terus dilakukan sehingga situasi COVID-19 menjadi stabil,” jelasnya sambil menambah individu tidak boleh mendapatkan vaksin kerana masalah tertentu termasuk kanak-kanak di bawah usia 12 tahun akan diberikan bantuan sama.
Dalam perkembangan lain, Singapura membuka sempadan kepada pengembara dari Asia Tenggara termasuk Indonesia, Thailand dan Filipina bermula Khamis ini.
Mereka perlu menunjukkan keputusan negatif ujian pantas antigen (ART) dalam tempoh 48 jam sebelum berlepas.
Pemerintah turut mengumumkan 23 negara yang sebelum ini tersenarai sebagai negara berisiko tinggi termasuk Laos dan India juga akan diberikan kelonggaran sama.
Pengembara dari negara berkenaan bagaimanapun masih perlu menjalani notis duduk di rumah (SHN) selama 10 hari dan boleh memilih untuk menjalani tempoh kuarantin tersebut di kediaman atau hotel.
Selain itu, Singapura juga turut menambah tiga lagi negara di bawah skim Laluan Perjalanan bagi orang yang divaksin (VTL) iaitu Malaysia, Sweden dan Finland sekali gus menambah kuota harian kepada 6,000 daripada 4,000 pengembara bermula 29 November depan.
Sementara itu, Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Pelbagai Kementerian (MTF), Gan Kim Yong memaklumkan individu yang sudah menerima dos lengkap dan isi rumah yang sama boleh 'dine-in' dalam kumpulan terdiri sehingga lima orang bermula Rabu.
Di bawah pelonggaran sekatan tersebut, perhimpunan sosial juga dihadkan kepada dua individu sehari, manakala jumlah pengunjung di kediaman masih kekal kepada dua orang sehari.
Kim Yong turut menjelaskan pihak berkuasa juga akan melaksanakan siri pelonggaran lain di bawah program perintis untuk golongan sudah menerima dos lengkap melakukan aktiviti seperti bersukan dan acara sosial lain dengan langkah pengurusan yang selamat.
“Lebih banyak kegiatan di sekolah termasuk sesi pembelajaran secara bersemuka akan disambung semula,” ujar Menteri Perdagangan dan Industri itu lagi. - Agensi
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Nov 10 2021
Pesakit COVID-19 yang tidak divaksinasi atas pilihan sendiri perlu menanggung kos perubatan apabila dimasukkan ke hospital atau mendapatkan rawatan disediakan bermula 8 Disember depan. -Gambar hiasan
Pegawai, anggota bomba di lima negeri ada masalah kesihatan
Ujian Kemahiran Taktikal Kebombaan diduduki seramai 12,608 anggota dan pegawai dan hanya 9,313 sahaja yang lulus.
Kerajaan komited lahirkan lebih ramai teknousahawan
Anugerah Teknousahawan TVET@KKDW diperkenalkan bagi memberi pengiktirafan serta penghargaan kepada institusi, pengajar, pelajar, graduan dan alumni yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang keusahawanan TVET.
Kedah bakal bangunkan LRT di Langkawi
Kedah merancang membina sistem tren Transit Aliran Ringan (LRT) menggunakan teknologi levitasi magnet di Langkawi
Kes pedofilia MRSM Tumpat diklasifikasikan fitnah, tiada bukti kukuh
Kes pedofilia terhadap seorang guru Maktab Rendah Sains Mara di Tumpat diklasifikasikan sebagai fitnah selepas siasatan tidak menemui bukti kukuh berhubung kes itu, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun.
Kerajaan berusaha tangani inflasi, tingkat kuasa beli rakyat
Menurut Datuk Armizan Mohd Ali, kerajaan tidak berdiam diri dalam menangani masalah inflasi termasuk melalui pelaksanaan pelbagai bentuk intervensi seperti kawalan harga.
Keutamaan negara Asia Barat untuk penuhi hasrat rakyat Palestin
Sekiranya Palestin diberikan negara dan kebebasan, mana-mana pihak tidak perlu lagi campur tangan dan tidak ada lagi konflik di Timur Tengah.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia dalam tiga hasrat
Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) menjadi platform untuk Malaysia menggemakan keterbukaan jalinan kerjasama untuk melonjakkan ekonomi negara.
Hari ketiga lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Riyadh Arab Saudi membawa wawasan Malaysia memperkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha memperkasa jalinan kerjasama sedia ada.
Hari ketiga lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Riyadh Arab Saudi membawa wawasan Malaysia memperkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha memperkasa jalinan kerjasama sedia ada.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 29 April 2024.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia melalui tiga hasrat
Malaysia mahu perkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha mengukuhkan jalinan kerjasama sedia ada.