PFIZER dan BioNTech dikatakan telah bersetuju untuk membekalkan vaksin COVID-19 buatan bersama kedua-dua syarikat farmaseutikal itu kepada skim akses vaksin COVAX yang diterajui oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Lapor Reuters yang memetik sumber, persetujuan itu bagi membolehkan negara berpendapatan rendah turut menerima bekalan vaksin yang amat diperlukan itu.

Jelas sumber lagi, perjanjian rasmi dijangka akan diumumkan pada Jumaat.

Perincian berkenaan jumlah dan harga bagi setiap dos juga tidak didedahkan namun peruntukannya dikatakan adalah lebih rendah berbanding buat negara berpendapatan tinggi.

Malah jumlah pembelian juga dikatakan terhad bagi memastikan petugas kesihatan di negara-negara yang telah menandatangi perjanjian dengan COVAX menerima vaksin itu.

Dana 4 bilion dolar diperlukan jayakan COVAX

Namun, setakat ini BioNTech enggan mengulas lanjut berkenaan perkara itu sementara Pfizer pula tidak memberikan sebarang reaksi mengenai laporan itu.

Sebelum ini, COVAX dilaporkan akan mula mengedarkan vaksin COVID-19 kepada negara-negara miskin bermula Februari.