Status darurat Aceh dilanjutkan 14 hari lagi berikutan banjir di Sumatera

Status darurat itu pertama kali diisytiharkan di Aceh pada 27 Nov 2025, dan kini telah dilanjutkan sebanyak tiga kali. - Foto fail/REUTERS
JAKARTA: Status darurat di Aceh susulan banjir dan tanah runtuh yang melanda wilayah itu pada akhir November tahun lalu akan dilanjutkan selama 14 hari lagi, bermula Jumaat hingga 22 Jan, lapor Agensi Berita ANTARA.
Ringkasan AI
- Status darurat di Aceh dilanjutkan selama 14 hari lagi bermula Jumaat hingga 22 Januari susulan banjir dan tanah runtuh yang melanda wilayah tersebut pada November tahun lalu.
- Keputusan lanjutan status darurat itu diumumkan oleh Gabenor Aceh Muzakir Manaf dan berasaskan koordinasi dengan kerajaan pusat serta surat daripada Menteri Dalam Negeri.
- Lanjutan status darurat bertujuan memastikan kerja-kerja pembersihan, pengagihan bantuan logistik, perkhidmatan kesihatan, dan pemulihan akses masyarakat dapat dilaksanakan dengan lebih cepat dan teratur.
Beliau berkata keputusan itu diambil dengan mengambil kira usaha tindak balas bencana yang masih berjalan dan keadaan di lapangan, termasuk hakikat bahawa beberapa kawasan masih terpinggir serta pergerakan logistik masih terhad.
Gabenor itu menjelaskan bahawa lanjutan tersebut bertujuan memastikan kerja-kerja pembersihan persekitaran, pengagihan bantuan logistik, perkhidmatan kesihatan serta pemulihan akses masyarakat dapat dilaksanakan dengan lebih cepat dan tersusun.
Status darurat itu pertama kali diisytiharkan di Aceh pada 27 Nov 2025, dan kini telah dilanjutkan sebanyak tiga kali.
Menurut data BNPB, banjir dan tanah runtuh yang melanda Aceh serta dua lagi wilayah di Sumatera, iaitu Sumatera Utara dan Sumatera Barat, pada akhir November tahun lalu menyebabkan 1,178 mangsa terkorban dan lebih 238,500 orang dipindahkan.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


