awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Selepas hampir 100 hari, Vietnam kembali rekod kes baharu

Agensi
Agensi
25/07/2020
15:30 MYT
COVID-19: Selepas hampir 100 hari, Vietnam kembali rekod kes baharu
Kes ke-416 itu melibatkan pesara berusia 57 tahun di Bandar Da Nang dan ia merupakan kes pertama sejak diisytiharkan bebas daripada wabak COVID-19, pada 16 April lalu. - Astro AWANI
SETELAH hampir 100 hari tanpa sebarang kes positif direkodkan, Vietnam kembali mencatatkan satu kes tempatan COVID-19 pada Sabtu.
Kes ke-416 itu melibatkan pesara berusia 57 tahun di Bandar Da Nang dan ia merupakan kes pertama sejak diisytiharkan bebas daripada wabak COVID-19, pada 16 April lalu.
Menurut pegawai kesihatan, pihaknya telah melakukan saringan terhadap 105 individu kontak rapatnya dan punca jangkitan masih dalam siasatan.
Lelaki itu didakwa membawa ibunya ke hospital sehari sebelum dia menunjukkan gejala penyakitnya.
Dia kini memerlukan sokongan ventilator kerana kegagalan pernafasan.
Pergerakan lelaki itu sebelum ini terbatas dan tidak pergi ke mana-mana walaupun ke bandar.
Vietnam sebelum ini dilihat berjaya menangani pandemik itu selepas melakukan proses kuarantin besar-besaran dan penjejakan kontak rapat secara meluas bagi mengekang penularan COVID-19.
Topic Berkaitan
#Da Nang
#Hospital
#kes positif
#kesihatan
#koronavirus
#lelaki
#pandemik
#siasatan
#Vietnam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan